AdSense

Tuesday, December 13, 2016

#JomNaikMRT 16 Disember ini


MRT atau Mass Rapid Transit bagi laluan Sungai Buloh - Kajang (Fasa 1) akan secara rasminya beroperasi pada 16 Disember ini sekaligus memberi manfaat kepada 1.2 juta pengguna.


Jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang ini meliputi jarak sepanjang 51km.

Ia bermula dari Sungai Buloh di barat laut Kuala Lumpur, melalui pusat bandar raya dan berakhir di Kajang, sebuah bandar yang pesat membangun di tenggara Kuala Lumpur.

Sepanjang 9.5km jajaran ini akan dibina bawah tanah.

Terdapat 31 stesen di sepanjang stesen ini, di mana tujuh adalah stesen bawah tanah.

Fasa pertama jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang dari stesen Sungai Buloh hingga stesen Semantan, akan beroperasi pada akhir 2016.

Fasa kedua dari stesen Semantan ke stesen Kajang akan beroperasi pada Julai 2017 dan ini akan membolehkan tren beroperasi di seluruh jajaran.

Setiap tren mempunyai empat gerabak dengan kapasiti penumpang sebanyak 1,200 orang. Jumlah penumpang dijangka mencecah kira-kira 400,000 orang setiap hari. Kekerapan tren dijangka setiap 3.5 minit apabila dilancarkan.

Sedia maklum, projek MRT ini bukan sekadar janji kosong tetapi ia merupakan janji yang ditunaikan demi rakyat Malaysia khususnya warga Kuala Lumpur dan Lembah Kelang.

Sedikit fakta tentang MRT yang perlu anda tahu :

PROJEK MRT Lembah Klang (KVMRT) melibatkan pembinaan jaringan pengangkutan awam yang berasaskan rel, yang akan berintegrasi dengan sistem-sistem transit aliran ringan atau light rail transit (LRT), monorel, KTM Komuter, KLIA Ekspres dan KLIA Transit.

Sistem-sistem pengangkutan rel ini akan menjadi tulang belakang perkhidmatan pengangkutan awam kawasan Greater Kuala Lumpur/Lembang Klang.

Projek ini diluluskan Kerajaan pada Disember 2010.

Jajaran pertama yang dilaksanakan adalah jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang dengan jarak 51km.

Pembinaan jajaran ini telah dilancarkan secara rasmi pada 8 Julai 2011 oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Pada mulanya, projek MRT ini telah dicadangkan oleh satu konsortium sektor swasta pada awal 2010. Cadangan ini adalah untuk pembinaan sistem MRT dengan tiga jajaran.

Kerajaan telah membuat kajian atas cadangan tersebut dan meluluskan perlaksanaan jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang sebagai jajaran pertama sistem MRT Lembah Kelang.

Kerajaan juga memutuskan dua jajaran yang lain akan dilaksanakan setelah kajian dijalankan melalui Pelan Induk Pengangkutan Awam Darat Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang yang dirangka oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Projek MRT Lembah Klang merupakan satu Projek Penggerak Ekonomi di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, salah satu daripada 12 NKEA yang merangkumi Program Transformasi Ekonomi (ETP). Program ini dilaksanakan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) di Jabatan Perdana Menteri.

Dengan adanya MRT di Lembah Klang, sasaran untuk menjadikan 50% daripada kesemua perjalanan yang dilakukan di kawasan Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang dengan menggunakan pengangkutan awam akan dapat dicapai.

Kata Najib,

"Terlaksananya projek MRT ini maka wajah Kuala Lumpur dan Lembah Klang berubah bukan sedikit tetapi dengan keadaan yang amat ketara sekaligus melonjakkan Kuala Lumpur sebuah kotaraya yang begitu tinggi dalam indeks livability di peringkat seantero dunia."



Terima kasih kerajaan Barisan Nasional kerana mengotakan janji!

#JomNaikMRT

No comments:

Post a Comment