Friday, April 22, 2016

#PRN11Sarawak : NGO mahu tindakan tegas kepada penfitnah - @RameshRaoAKS


PMSP Tuntut Jaminan Pihak Berkuasa Bertegas Ambil Tindakan Tegas Kepada Pemfitnah

Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 pada 7 Mei ini, Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) mendesak agar Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) lebih tegas dan pantas bertindak kepada pihak yang menyebar fitnah dan hasutan.


Presiden PMSP Ramesh Rao berkata, ketegasan itu penting bagi mengelakkan kejadian seperti demonstrasi Black 505 berulang sekali lagi pada pilihan raya di Sarawak.

Dalam demonstrasi berkenaan pada 2013 selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 menyebarkan fitnah dan hasutan ciptaan pembangkang demi menyemai kebencian rakyat kepada Barisan Nasional (BN).

"Pada masa itu banyak tuduhan mereka kepada BN, antaranya ribuan orang Bangladesh dibawa masuk untuk mengundi untuk BN, tuduhan peti undi diubah ketika bekalan elektrik terputus (blackout), SPR larikan peti undi, tarif elektrik bakal naik dan pelbagai lagi fitnah.

"Kami tidak mahu melihat demo jalanan 505 lagi," kata Ramesh dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, media sosial internet seperti Facebook, Twitter dan Youtube perlu dipantau secara berterusan kerana mereka hanya menunggu masa untuk membuat dan menyebarkan fitnah untuk menyebabkan kekalahan BN melalui kebencian.

"PMSP menuntut jaminan dari Ketua Polis Negara dan SKMM untuk mengambil tindakan terhadap penyebar fitnah berkenaan dengan tegas," kata beliau.

Hari penamaan calon bagi PRN Sarawak ditetapkan pada Isnin ini 25 April manakala pengundi Sarawak akan menjalankan tanggungjawab mereka pada 7 Mei depan.

Pembangkang biasanya akan mencari jalan untuk dapat mengurangkan undi kepada BN walau apa cara sekalipun tambahan pula ketika ini mereka masih belum mampu menyelesaikan masalah akibat pembahagian kerusi.

"Biasanya, apabila mereka sudah tahu mereka pasti kalah dan ada pula masalah yang masih belum dapat mereka selesaikan, pada masa inilah biasanya pembangkang ini akan menggunakan taktik kotor.

"Oleh itu, kami mendesak pihak berkuasa supaya sentiasa berjaga-jaga dan tegas dalam mengambil tindakan menghukum para pemfitnah ini," kata Ramesh.

No comments:

Post a Comment