Wednesday, March 23, 2016

Pembayaran tanpa tunai di McDonald's


Era serba canggih sekarang, segalanya dipermudahkan. Membeli belah dari rumah (online), sistem e-wallet bahkan lorong-lorong tol di lebuhraya juga hebat mempromosikan penggunaan 'Touch n Go' dan 'Smart Tag' bagi tujuan mengurangkan kepenggunaan tunai.


Mengikut peredaran semasa, restoran terkemuka seperti McDonald's lebih awal menyediakan perkhidmatan yang memudahkan pelanggannya misalnya penghantaran makanan sehingga ke pintu rumah - McDelivery.

Kesinambungan daripada itu, McDonald's kini mula menawarkan jualan tanpa melibatkan aliran tunai iaitu dengan menggunakan kad debit dan kad kredit di restoran mereka. Ini bermakna, para pelanggan tidak lagi perlu membawa wang tunai ketika mahu mendapatkan hidangan di restoran McDonald's Malaysia.


Sebanyak 20 buah restoran McDonald's terpilih di dalam projek perintis menawarkan perkhidmatan transaksi tanpa tunai ini di seluruh negara.  Para pelanggan pula boleh memilih samada mahu menggunakan kad debit ataupun kad kredit ketika berurusan di kaunter restoran McDonald's.

Oh ya, para pelanggan yang membuat pembayaran tanpa tunai dengan kadar belian melebihi nilai RM10 akan mendapat aiskrim 'Sundae Cone' secara PERCUMA! Para pelanggan pastinya tidak mahu melepaskan tawaran istimewa dalam tempoh promosi ini.

Dalam masa sama, para pelanggan tidak perlu khuatir kerana tiada had minima ditetapkan dalam penggunaan pembayaran tanpa tunai ini.

Berikut merupakan senarai 20 restoran McDonald's tersebut untuk rujukan pembaca :

  • Mid Valley (LG floor)
  • Mid Valley (3rd floor)
  • Sunway Pyramid
  • Bukit Bintang
  • Batu Caves
  • Titiwangsa
  • Seksyen 3 Shah Alam
  • TTDI
  • KLIA
  • Genting
  • Jalan Silang
  • Jalan Tun Perak
  • Berjaya Times Square
  • SOGO
  • 1 Utama
  • Mutiara Damansara
  • Bandar Utama
  • Mont Kiara
  • Petronas Taman Melati
  • Menara MARA


Apa yang pasti, diharapkan 20 restoran McDonald's yang terpilih dalam projek perintis ini berupaya menjadikan McDonald's Malaysia maju selangkah ke hadapan seiring dengan peredaran semasa sekaligus memenuhi permintaan para pelanggannya.

i'm lovin' it!

No comments:

Post a Comment