Friday, March 4, 2016

Kerajaan BN terus ulangi komitmen dalam pembangunan pendidikan #BetterNation


Kerajaan Malaysia di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) sejak dahulu lagi memberi komitmen yang tinggi terhadap pembangunan pendidikan dalam negara berbilang kaum tanpa memilih mana-mana aliran.


Tidak dapat disangkal, bagaimana kerajaan bersungguh-sungguh ke arah pembangunan pendidikan apabila pelbagai usaha dilaksanakan bagi tujuan mencapai hasrat tersebut.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu acara perasmian Majlis Pecah Tanah Bangunan Baru Chong Hwa di Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa baru-baru ini menegaskan bahawa kerajaan sentiasa peka terhadap pembangunan pendidikan dalam negara.


Dalam masa sama tambah Liow, kerajaan juga menyambut baik usaha Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa dalam menawarkan tahap pendidikan berkualiti dan kemudahan-kemudahan yang baik.


Sebagaimana Pembentangan Bajet 2016 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan bertemakan 'Mensejahterakan Kehidupan Rakyat'.

Dalam 5 Keutamaan, Keutamaan yang ketiga iaitu 'Mempersiaga Modal Insan' sudah cukup menjelaskan bahawa kerajaan begitu mementingkan soal pendidikan terutamanya ke arah memantapkan kualiti pendidikan Malaysia.


No comments:

Post a Comment