Thursday, March 31, 2016

Dendam media asing pada Malaysia : Kumpulan anti-kerajaan ambil peluang sebar persepsi


Sudah berkali-kali dijelaskan termasuk menerusi beberapa siri penerangan telahpun dibuat namun kepala-kepala anti-kerajaan berterusan mengkritik Perdana Menteri dengan menggunakan modal serangan 1MDB dan dana untuk parti 2.6bilion.

Benarlah, begitu sukar berhujah dengan orang-orang yang tidak mahu menerima kenyataan. Mereka hanya akan mengangguk bersetuju sekiranya jawapan yang diberikan mengikut kehendak mereka. Selain daripada itu, mereka hanya menggelengkan kepala. Bagi mereka, hanya kumpulannya sahaja yang betul. Tidak ada yang betul melainkan kumpulan mereka.


Kumpulan anti-kerajaan yang dikepalai DAP, PKR, Amanah, Ambiga dan sebuah kumpulan kecil digelar 'Kumpulan Kecewa' kekal konsisten menyerang Perdana Menteri dengan menggunakan isu kitar semula. Tiada lagi isu yang mampu dicipta setakat ini melainkan 1MDB dan dana untuk parti (BN) 2.6 bilion.

Agak pelik dimata rakyat apabila pemimpin anti-kerajaan ini tidak berputus asa dalam usaha mereka menggulingkan Najib sebagai Perdana Menteri yang dipilih secara sah di dalam pemilihan parti dan amalan demokrasi yang dipraktikkan menerusi pilihanraya.

Mandat yang diberikan rakyat untuk meletakkan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia cuba dinafikan kumpulan anti-kerajaan sehingga memaksa mereka (kumpulan anti-kerajaan) melutut pada media-media asing yang berpangkalan di Australia dan Amerika Syarikat khususnya.

Tindakan ini sekaligus memperlekehkan lidah-lidah rasmi mereka seperti Malaysiakini, Roket Kini, Keadilan Daily dan lain-lain bagi meraih kepercayaan rakyat Malaysia.

Dengan menggunakan media-media asing seperti Wall Street Journal, ABC News dan Sarawak Report akan memperlihatkan 'kekuatan' atau 'kesahihan' berita yang dihidangkan kepada rakyat.


Kali ini, kumpulan anti-kerajaan ingin memberikan mesej bahawa 'pemerhati-pemerhati' di luarnegara lebih kehadapan dan mengetahui setiap inci maklumat di Malaysia.

(Baca juga DI SINI bagaimana cara wartawan ABC News berkerja bagi meraih perhatian sensasi)

Bernama, 30 Mac 2016
Selepas dua wartawan Australia ditahan mengikut garis panduan keselamatan negara yang tidak dikompromi, agensi berita yang beribupejabat di Sydney bertambah emosi dan menyimpan dendam sehingga menerbitkan dokumentari semata-mata mahu memburukkan nama Malaysia. Dokumentari yang bertajuk 'State of Fear: Murder and Money in Malaysia' itu kemudiannya menjadi BAHAN RUJUKAN UTAMA pemimpin-pemimpin dalam kumpulan anti-kerajaan hari ini.


Kenapa perlu menggunakan 'khidmat' media asing sedangkan 1MDB adalah dalam perhatian Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) iaitu sebuah jawatankuasa di bawah Parlimen. Ia dianggotai oleh lapan orang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan lima anggota pembangkang. Siapa mereka? Dari parti mana?

1. Dr. Tan Seng Giaw (Naib Pengerusi PAC) - Ahli Parlimen Kepong (DAP)
2. Tony Pua Kiam Wee - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (DAP)
3. Dato‘ Kamarul Baharin bin Abbas - Ahli Parlimen Telok Kemang (PKR)
4. William Leong Jee Ken - Ahli Parlimen Selayang (PKR)
5. Dato' Takiyuddin bin Hassan - Ahli Parlimen Kota Bahru (PAS)

Apa lagi ketelusan yang diinginkan sedangkan pemimpin dikalangan parti pembangkang turut serta dalam jawatankuasa tersebut!

Bernama, 30 Mac 2016

Tidak cukup dengan itu, pada 4 Mac tahun lepas, Perdana Menteri sendiri telah mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengesahkan akaun 1MDB dan menyerahkan hasil penemuannya kepada PAC.

Begitu juga dengan sumbangan 2.6 bilion yang sudahpun dijelaskan berkali-kali. Apakan daya, kumpulan anti-kerajaan tetap menggelengkan kepala apabila penjelasan yang dibuat tidak sama dengan apa yang mereka kehendakkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatan kerja ke Arab Saudi baru-baru ini
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada Forum Ekonomi Jeddah (JEF) pada1 Mac 2016.  

Buat kumpulan anti-kerajaan, Suara Lensa nasihatkan sebelum mahu menyentuh soal intergriti, pemimpin anti-kerajaan sewajarnya terlebih dahulu mencerminkan diri sendiri, parti dan ahli keluarganya.

Misalnya isu baharu yang sedang diperkatakan dan BUKAN ISU KITAR SEMULA iaitu skandal banglo tanpa kolam renang yang didakwa berharga jauh lebih rendah daripada harga pasaran.


Bagaimana pemimpin utama DAP Lim Guan Eng boleh terpalit dengan skandal sedemikian? Bukankah pentadbiran berintergriti tinggi menjadi keutamaan Guan Eng dan DAP kononnya? Paling mengecewakan, rakyat masih belum menerima penjelasan terperinci daripada Guan Eng yang juga merupakan orang nombor satu di Pulau Pinang!

Mungkinkah 2.6 juta itu bernilai kecil? Atau tanah di Taman Manggis untuk masyarakat miskin BUKAN isu membabitkan kepentingan rakyat?


Antara laporan polis yang dibuat terhadap Lim Guan Eng


Apa benar Lim Guan Eng atau bapanya Lim Kit Siang sebagai Penasihat DAP mengamalkan slogan CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus) yang sering kali dilaungkan? Apa benar kumpulan anti-kerajaan telus dan berintergriti tinggi?

Kenapa kumpulan anti-kerajaan diam membisu? Kenapa gagal memberi penjelasan? Kenapa tidak melakukan siri jelajah, forum dan himpunan?

#TerimaFaktaTolakFitnah
#RakyatSemakinBijak

Pakar matematik, teori, strategi dan semua pakar dalam pembangkang masih belum jumpa formula?

1 comment:

  1. Sebanyak mana pun pok jib di macai oleh pendedaknya
    Selagi itulah segala malepetaka umno bn

    Pasti hadir kehancuran umno bn
    KERIS

    ReplyDelete