Sebelum ini Suara Lensa ada menyiarkan satu artikel mengenai betapa ketatnya kawalan dikawasan kilang pembekal bahan mentah McDonald's iaitu MacFood Services yang terletak di Subang Jaya.
Dari aspek pemantauan kebersihan dalam penyediaan makanan, kilang tersebut sememangnya terbukti melepasi piawaian antarabangsa yang ditetapkan.
Bagi pembaca yang terlepas, boleh membaca artikel terdahulu di sini.
Kali ini penulis ingin menyentuh pula tentang bagaimana prosedur ketika menjalankan proses penyembelihan. Satu aspek yang menjadi persoalan dikalangan segelintir masyarakat beragama Islam.
Ini kerana, segelintir daripada masyarakat ini merasakan McDonald's sebagai sebuah restoran milik 'orang putih' 100 peratus sekaligus mengundang perasaan curiga berhubung proses penyembelihan bahan mentahnya.
Baca di sini untuk maklumat tentang status pemilikan restoran McDonald's.
Tidak ramai yang tahu, McDonald's Malaysia sebenarnya memiliki pasukan syariah mereka sendiri serta menjalin hubungan yang begitu erat dengan pihak di Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) bagi tujuan khidmat nasihat.
Salah seorang Penasihat Bebas Halal McDonald's Malaysia, Ustaz Khairuddin memberitahu, pihaknya sentiasa memantau dan memberi nasihat kepada McDonald's berhubung penyediaan makanan halal.
Bahkan, cara dan proses penyembelihan bahan-bahan mentah oleh pembekal bahan mentah McDonald's Malaysia juga menepati hukum syarak serta mengikut panduan Al-Quran.
Jadi, persoalan tentang tahap kebersihan dan status halal makanan yang dihidangkan di restoran McDonald's sewajarnya tidak timbul sama sekali.
No comments:
Post a Comment