Thursday, March 31, 2016

1MDB - Siapa berbohong, Muhyiddin atau Zeti?

TSMY MUHYIDDIN PATUT CABAR ZETI

Muhyiddin menggunakan akaun fb peribadinya untuk menjawab kenyataan saya. Sepatutnya dia mencabar Zeti kerana kenyataan saya berdasarkan penafian Zeti. Dalam posting terbaru itu TSMY mendakwa pula kononnya Zeti mendedahkan Perdana Menteri cuba menghalang penyiasatan. Sedangkan PM sendiri yang meminta PAC dan Audit Negara membuat siasatan manakala Peguam Negara memutuskan tiada kes untuk pendakwaan. Pada saya Muhyiddin sekali lagi cuba melakukan provokasi dan menipu demi kepentingan peribadi.


Dalam ucapannya di Teluk Kemang dan dalam sidang akhbarnya pada 22 Mac 2016 dia menyebut bahawa dia menerima maklumat daripada Zeti dan Bank Negara. Sedangkan Zeti dalam kenyataannya pada 23 Mac 2016 seperti yang dilaporkan oleh media, menafikan pernah bertemu dan membincangkan mengenai aset 1MDB seperti yang didakwa Muhyiddin. Jadi dalam soal ini elok Muhyiddin buktikan bahawa Zeti ada menemuinya dan memberi maklumat tentang perkara ini kerana Zeti telah menafikannya.

Jangan lupa Muhyiddin dalam ucapannya di UMNO Bahagian Cheras pada Julai 2015, pernah menyebut dan mengakui bahawa dia sampai terpaksa membaca akhbar The Edge untuk memahami dan mendapatkan maklumat mengenai 1MDB. Sekarang Muhyiddin kata dia mendapat maklumat daripada Zeti. Mana satu yang betul?

Saya dimaklumkan juga Menteri Kewangan 2, pernah mengambil masa selama 40 minit untuk menjelaskan kepadanya secara peribadi mengenai 1MDB, tetapi dia tidak berminat untuk mendengarnya dan langsung tidak membuka fail berkaitan hal tersebut.

Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi juga saya tidak pernah mendengar Muhyiddin membangkitkan tentang maklumat-maklumat yang dikatakan dimaklumkan oleh Zeti dan Bank Negara. Bahkan dalam kenyataan media di Milan Italy 2015, Muhyiddin mendakwa dia tiada maklumat mengenai 1MDB sebab itu tidak dapat menjawab isu berkenaan yg menjadi punca BN kalah PRK Permatang Pauh.

Justeru saya mendesak TS Muhyiddin agar mencabar penafian Zeti sama ada dia berbohong atau Zeti yang berbohong.

Datuk Dr. Puad Zarkashi

No comments:

Post a Comment