AdSense

Tuesday, January 12, 2016

Kecelaruan Pakatan Pembangkang : Antara sandiwara dan rakus kuasa


Masih menyentuh tentang pertelagahan antara gabungan baharu di dalam Pakatan Harapan (DAP, PKR dan Amanah) dengan bekas 'isterinya', PAS. Samada ia merupakan sandiwara politik atau sememangnya realiti yang berlaku akibat kerakusan kuasa?


Timbalan Presiden MCA Datuk Ir Dr Wee Ka Siong pada awalnya memberitahu bahawa Barisan Nasional (BN) tidak berminat untuk menjaga tepi kain orang.

Namun, sebagai parti politik dan pemimpin yang berpengalaman dalam politik, beliau menyifatkan apa yang berlaku di dalam Pakatan Pembangkang itu merupakan keadaan yang bercelaru.

"Kita melihat perkembangan ini secara menyeluruh, diluar jangkaan dan dugaan. Saya juga terkejut apabila melihat Pakatan Rakyat yang sebelum ini secara intim bergabung sesama mereka DAP, PKR dan PAS kini bercerai talak tiga."

"Saya tak pasti samada di Selangor mereka bercerai ataupun tidak. Mungkin ini juga merupakan satu sandiwara atau realiti yang patut diterima kerana masing-masing rakus kuasa."

Dalam masa sama Ka Siong yang juga merupakan Ahli Parlimen Ayer Hitam turut mempersoalkan tentang kewujudan parti baharu Amanah sebagai pengganti PAS di dalam gabungan pembangkang tersebut.

Apakah wadah perjuangan Amanah yang diberi jolokan 'isteri luar nikah' atau anggota keempat dalam pakatan bercelaru itu sama seperti PAS? Atau mereka (Amanah) cenderung kepada prinsip moderat dan liberal?

Kata Ka Siong, sesuatu yang pelik dan janggal apabila mereka di dalam gabungan pembangkang menyentuh tentang perlaksanaan hukum hudud.

Mereka membentuk jawatankuasa (berhubung hudud) di Kelantan tetapi ia tidak berlaku di Selangor yang juga merupakan negeri pemerintahan Pakatan.

Bahkan janji-janji kitar semula turut didendangkan cuma menerusi lidah berbeza. Dulu PAS, kini Amanah pula. Janji popular mereka berbunyi,

"Laksana (hudud) atau tidak biar kita menang (pilihanraya) dulu."

Hakikatnya, mereka di dalam Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan atau apa-apa nama sekalipun di dalam parti pembangkang ini sebenarnya sebuah gabungan yang tidak pernah berjaya capai kata sepakat.

"Mereka perlu terangkan secara jelas kepada masyarakat apa prinsip sebenar perjuangan mereka. Jika tidak, ini sekadar untuk memancing undi. Bagi saya, ini adalah satu keadaan bercelaru dan perlu diselesaikan sesama mereka," ujarnya.

Umum menyedari, kegagalan parti pembangkang membentuk gabungan mantap bermula sebagai Barisan Alternatif (BA) yang ditubuhkan pada 1999 hingga 2004 diikuti penubuhan Pakatan Rakyat pada 2008 dan berakhir pada 2015.

Dua tahun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menjadi iktibar kepada pembangkang untuk memperkukuhkan kerjasama politik menerusi platform baharu iaitu Pakatan Harapan.

Tepat sekali kata Ka Siong, mereka dalam parti pembangkang ini sememangnya benar-benar bercelaru! Dari dulu sampai sekarang!

No comments:

Post a Comment