AdSense

Sunday, January 10, 2016

Bauksit : MoT tetap peraturan baharu


Aktiviti mengangkut bauksit di Kuantan kini digantung selama 3 bulan. Maka kini tiba giliran beberapa tindakan antaranya melibatkan penguatkuasaan dan penambahbaikan kepada perjalanan aktiviti perlombongan tersebut.


Terbaharu adalah dengan penahanan 4 orang pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) berhubung dakwaan salahlaku rasuah berkaitan kegiatan perlombongan bauksit.

Sementara 2 orang awam turut ditahan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan aktiviti perlombongan bauksit haram tersebut.

Selain daripada itu beberapa nama dalam organisasi syarikat perlombongan bauksit berkenaan juga sudah dikenalpasti.

Sehubungan dengan itu, beberapa pihak berkuasa lain kini sedang memandang serius berhubung aktiviti bauksit berkenaan yang semakin tidak terkawal hari ini.

Pihak Kementerian Pengangkutan menerusi kenyataan Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu bahawa lori-lori pengangkut bauksit akan dikenakan peraturan baharu.


Katanya, kesemua lori pengangkut perlu mematuhi beberapa peraturan baharu antaranya berkaitan had laju dan laluan yang dibenarkan untuk membawa keluar bauksit.

Peraturan ini merupakan langkah kerajaan bagi memastikan keselamatan pengguna jalanraya lain berada pada tahap yang diperlukan.

Untuk makluman pembaca, keputusan berhubung peraturan baharu ini dibuat menerusi hasil pertemuan pihak Pengangkutan bersama Kementerian Sumber Manusia dan Alam Sekitar.

Sememangnya isu bauksit di Kuantan ini mula mendapat perhatian dikalangan orang ramai khususnya di negeri Pahang dan pengguna media sosial.

Namun semua sedar bahawa pihak berkuasa pastinya memandang serius apa jua isu apatah lagi melibatkan kepentingan awam.

Bukan mudah mana-mana pihak untuk bertindak sesuka hati. Pihak SPRM misalnya memerlukan masa yang cukup untuk menjalankan operasi risikan sehingga kepada penangkapan.

Pihak pembuat dasar seperti melibatkan beberapa kementerian pula memerlukan tempoh untuk mengadakan penyelidikan, perbincangan dan sebagainya.

Segala proses ini adalah bagi memastikan semua pihak termasuk penduduk tempatan dan pengusaha syarikat mendapat keseimbangan yang sewajarnya.

Umpama penulisan Suara Lensa sebelum ini :

"Sebenarnya kita tak perlu nak bertindak keterlaluan dalam sesuatu perkara.. Tak usah menjadi 'Detective Conan' sekiranya anda adalah seorang 'Sin Chan'.


No comments:

Post a Comment