Friday, December 18, 2015

Menteri pamer sikap prihatin secara spontan



Sikap prihatin dan ambil berat terhadap persekitaran sekeliling sepertimana yang dipamerkan oleh seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong ini wajar dipuji dan dicontohi.

Wee Ka Siong yang juga merupakan Timbalan Presiden MCA itu dilihat membantu seorang warga emas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Warga emas yang berkerusi roda terbabit dikatakan keseorangan diri apabila ahli keluarganya terlebih dahulu menaiki pesawat. Satu situasi normal bagi mana-mana lapangan terbang apabila melibatkan penumpang Orang Kurang Upaya (OKU).

Warga emas tersebut ditempatkan disatu sudut sementara menunggu untuk menaiki pesawat. Mungkin pada ketika itu berlaku kekurangan kakitangan untuk menguruskan warga emas berkenaan.

Biasalah, seorang warga emas apatah lagi berkerusi roda dan berkeseorangan, pastilah beliau berasa panik dengan situasi seperti itu. 

Kebetulan Wee Ka Siong yang berada ditempat kejadian melihat apa yang berlaku. Sejurus selepas menerima bantuan daripada insan prihatin seperti Wee Ka Siong, warga emas terbabit kelihatan mula berasa tenang. 

Kata orang, setiap perbuatan bermula daripada seorang pemimpin. Apa yang dipamerkan oleh Wee Ka Siong ini sewajarnya dijadikan contoh. 

Bukannya seperti sesetengah daripada masyarakat... enggan menghulurkan tangan tetapi lebih suka membuat perkara-perkara negatif.

Tidak mustahil, gambar warga emas yang sedang ketakutan, keseorangan diri seperti ini dimuatnaik bersama versi negatif. 

'Wanita tua dibuang', 'Pekerja syarikat penerbangan bertindak zalim terhadap orang tua', 'Anak tinggalkan mak di lapangan terbang'. - Mungkin menjadi tajuk atau kapsyen di laman sosial.

Cukuplah, hentikan budaya negatif sedemikian. Sebaliknya bertindaklah sepertimana yang dilakukan oleh Wee Ka Siong. Ia adalah lebih baik. Paling penting, sikap prihatin serta amalan tolong menolong ini perlu ditanam pada setiap masyarakat tanpa memilih warna kulit!

No comments:

Post a Comment