Friday, August 21, 2015

Wow! SPAD tawar diskaun 30 peratus kepada pengguna bas luar KL!


Ramai masyarakat yang menetap di Seremban, Klang dan Rawang berulang alik ke ibukota dengan kerap, samada atas urusan kerja mahupun peribadi.

Kerajaan menerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan itu mengambil sikap prihatin apabila menawarkan diskaun 30 peratus kepada pengguna perkhidmatan awam berkenaan.


Pengguna bas bagi laluan Seremban-Kuala Lumpur, Klang-Kuala Lumpur dan Rawang-Kuala Lumpur serta laluan Bus Expressway Transit 5 dan 6 (BET) akan menikmati potongan diskaun 30 peratus ini mulai 1 September depan.

#SPAD dalam kenyataannya mengatakan,

"Ini bukan sahaja memberikan manfaat kepada pengguna yang tinggal di pinggir bandar dan bekerja di Kuala Lumpur malah, secara tidak langsung akan menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam dan membantunya menjadi mod pilihan mereka."

Pengumuman ini pastinya membuatkan orang ramai berasa bersyukur dengan sikap keprihatinan SPAD yang sentiasa peka terhadap peningkatan kos sara hidup rakyat.



Apa tunggu lagi, cepat-cepat isi borang permohonan bagi menikmati diskaun hebat ini! Anda boleh dapatkan borang permohonan di kaunter tiket pengendali bas atau muat turun saja di laman web rasmi SPAD. Layari laman web SPAD di sini, www.spad.gov.my

No comments:

Post a Comment