Tuesday, August 11, 2015

@liowtionglai gesa masyarakat sertai RELA, jadi tulang belakang negara


Tanggungjawab sukarelawan RELA dianggap penting dalam pasukan keselamatan negara apatah lagi berdepan dengan pelbagai ancaman baharu.


Oleh itu, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menyeru anggota  RELA agar meningkatkan tahap kesiap siagaan mereka berdepan dengan pelbagai ancaman baharu termasuk kegiatan pelampau seperti militan IS.

“Kita tidak mahu elemen negative  menghancurkan kestabilan dan pertumbuhan ekonomi negara.”

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pembukaan pusat RELA di Kampung Perting, Bentong baru-baru ini.



Dalam masa sama, Liow yang juga merupakan Ahli Parlimen Bentong turut menggesa masyarakat supaya dapat bersama-sama menyertai pasukan RELA.

Tambah Liow, peranan pasukan RELA cukup besar. Bukan sekadar mengawal lalulintas, menjaga parkir dan majlis keramaian semata-mata.

Ini kerana katanya, RELA juga membantu pasukan penguasa lain dalam sama-sama membanteras isu-isu berkaitan keselamatan negara.

No comments:

Post a Comment