Wednesday, August 19, 2015

Apa cerita Selangor : Khalid tempik Azmin



Agak lama tidak menulis mengenai sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Apa yang menarik perhatian penulis adalah mengenai tindakan kerajaan negeri Selangor mewujudkan entiti baharu iaitu Darul Ehsan Invenstment Group (DEIG) bertujuan mengurus pelaburan anak-anak syarikat kerajaan negeri.

Siapa tidak marah apabila kewujudan ini dibuat tanpa merujuk enakmen khusus, malah tidak mendapat kelulusan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terlebih dahulu!

Kerana apa, ia akan menyukarkan DUN Selangor untuk melakukan proses pemantauan segala aktiviti DEIG selaku orang tengah dalam soal pelaburan tersebut.

Ini yang disuarakan oleh Menteri Besar yang digulingkan, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ADUN Pelabuhan Klang yang kini menggunakan tiket parti Bebas.

Pertanyaan Khalid ini mengundang rasa tidak senang Menteri Besar Mohamad Azmin Ali.

Azmin sebaliknya menuding jari kepada Khalid dengan memintanya bertanggungjawab ke atas bayaran pampasan kepada lapan bekas pegawai MBI berjumlah RM2.6 juta sebelum ini yang dibuat tanpa mendapat kelulusan DUN Selangor.

Walhal isu tersebut tidak perlu dikaitkan sama sekali berikutan ia masih berada dalam prosiding mahkamah.

Nampak gayanya, Khalid cukup tenang berdepan dengan kumpulan-kumpulan yang bertanggungjawab menumbangkannya semasa tempoh pemerintahan sebagai Menteri Besar Selangor tidak lama dahulu.

Tidak hairanlah beliau berasa tenang sedemikian apatah lagi baru sahaja memenangi satu kes mahkamah melibatkan penyebaran fitnah oleh Setiausaha Agung PKR Saifudin Nasution Ismail.

Sepertimana yang dilaporkan, Khalid menfailkan saman terhadap parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila memecat keahliannya dan dituduh tidak amanah.

Khalid dengan merendah diri bersetuju menerima permohonan maaf Saifuddin dan PKR serta membatalkan saman yang dikemukakannya. Bukan sahaja menang, tetapi nama Khalid juga bersih daripada kekotoran fitnah yang dilemparkan kepadanya sebelum ini.

Kini, pejabat Menteri Besar yang diketuai Azmin Ali pastinya berasa takut-takut dengan kebangkitan Khalid. Termasuklah berkaitan isu air yang kini menjadi isu kronik rakyat di Selangor. 

Selepas sahaja peralihan kuasa Menteri Besar berlaku mengikut pintu ajaib, apa lagi perkara yang membolehkan kerajaan PKR ini mendabik dada?

Belum lagi masuk soal PAS-DAP-GHB - pentadbiran yang berpecah belah.

bersambung...

No comments:

Post a Comment