Monday, August 3, 2015

1MDB - Teringat pada coklat Cadbury



Sebelum ini kan Malaysia kecoh pasal status halal coklat Cadbury.

Semua disebabkan tersebarnya cerita di media sosial yang menjadi viral. Sudah pasti mengejutkan ramai pihak terutamanya masyarakat beragama Islam.

Bertahun-tahun telan coklat itu sehingga ada ahli NGO yang bangkitkan soal bagaimana mahu menyucikan darah seseorang yang memakan bahan mengandungi babi?

Dalam beberapa tempoh, selepas siasatan dijalankan pelbagai pihak termasuklah pihak JAKIM dan Kementerian Kesihatan... alih-alih lain pula keputusan yang dapat daripada hasil siasatan itu.

Coklat Cadbury halal dimakan!

Sehingga hari ini, produk coklat yang ditarik balik, kembali berlambak di pasaran. Bukan itu sahaja, Datuk Siti Nurhaliza antara individu awal yang menjadi duta kepada produk itu!

Demikian serba ringkas mengenai isu coklat yang pernah menjadi tajuk panas di dada-dada akhbar.

Hari ini, setiap kunyahan coklat Cadbury di tempat awam bukanlah menjadi suatu perkara aneh.

Begitulah halnya dengan isu 1MDB yang dimulakan oleh pasukan pembangkang, menjadi topik hangat ketika ini. 

Apabila sesuatu isu diviralkan di media sosial, termasuklah berkaitan berita-berita khabar angin (cakap-cakap), spekulasi dan fitnah... apakah masyarakat yakin pada pihak yang lain selepas tahap keyakinan serta kepercayaan mereka dihakis?

Adakah berita seperti dibawah ini diterima selepas mata dan hati mereka digelapkan dengan sajian berita cakap-cakap, spekulasi dan berita sensasi?

HASIL SIASATAN BERKAITAN DANA RM2.6 BILION

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin memaklumkan bahawa semasa Pasukan Petugas Khas ditubuhkan, siasatan SPRM hanya memfokus ke atas isu berkaitan dengan SRC International dan kemasukan dana sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak manakala Polis Diraja Malaysia pula menjalankan siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Bank Negara Malaysia pula menjalankan siasatan berkaitan dengan kaedah dan tatacara kewangan.

Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara. Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB.

Walau bagaimanapun, siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih berjalan oleh SPRM.

SPRM sekali memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional. Diharap semua pihak akan bersabar dan memberi ruang kepada SPRM dalam menjalankan siasatan  dengan menyeluruh.

Mengenai siasatan polis ke atas pegawai-pegawai SPRM, SPRM akan memberi kerjasama sepenuhnya.

SPRM mengulangi bahawa tiada pegawai SPRM yang terlibat dalam konspirasi mahu menjatuhkan Kerajaan. Tindakan yang diambil oleh SPRM adalah jelas semata-mata bagi menjalankan tugas dan fungsinya sebagai sebuah Suruhanjaya yang bebas.

Tanggungjawab SPRM adalah menjalankan siasatan berhubung kes-kes rasuah dan bukannya bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak termasuk Kerajaan.

Sebagai Suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa fear or favour dan tanpa mengira siapa yang terlibat. SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan.

SPRM menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan mengenai perkara ini selesai.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
3 OGOS 2015

5 comments:

  1. Orang Melayu senang ditipu dan dihasut oleh RBA dapig di sosial media.

    Bak kata apek2 kat restoran oldtown whitecoffee sesama mereka --"haiyahhh, itu olang melayu manyak boloh wor!"

    ReplyDelete
  2. Bukan semua melayu boddoh, tapi Blogger Din Turtle, Outsidethebox, apanama, Putra Merdeka memang boddoh, banggang, makhluk sial, pukimak, baghal...sia dia baca blog haramjaddah mereka. Buang masa.

    ReplyDelete
  3. Dah tu kenapa dari awal tuan punya tubuh badan berdolak dalik...siapa penderma tu erkk...mafia ke...to arab ke...kuasa besar.dunia yang ada kaitan dgn TPPA ke..sapa pulak penuhsihat kat PMO tu...sekadar bertanya...bukan nak fitnah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini adalah seekor daripada mereka yang masih tak faham. Tuan punya badan kalau cakap pun bukan kau percaya. Biarlah SPRM ysng maklumkan.

      Delete
  4. Pgi tadi saya ada cek account bank saya..ada orang menderma 2.6 bilion..orng tu orng kelate nama dia En. wan emdibi

    ReplyDelete