Friday, July 31, 2015

@NajibRazak puji Hadi Awang, tusuk hati orang kerajaan dan UMNO



Pasti ramai yang tersentap (termasuk orang kerajaan / ahli UMNO) dengan kenyataan terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru sekejap tadi.

"Saya puji Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, walaupun bersaing (berbeza politik). Presiden PAS pun boleh buat penilaian (isu 1MDB). Apa hal dengan orang kita ni? Tumpang semangkuk."

Betullah kata Najib, kenapa kita mudah terpedaya dengan spekulasi semata-mata? Sepatutnya kita memeriksa terlebih dahulu apa jua berita yang sampai kepada kita.

"Sebagai Islam, kita kena pegang pada prinsip mencari kebenaran dan tidak menghukum seseorang sebelum seseorang itu dibuktikan bersalah." 

Najib berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyerahan surat tawaran menunaikan fardhu Haji bagi tahun 2015.

Seramai 1200 orang dikalangan para imam dan pengerusi JKKK/JKKKP dari seluruh negara terpilih menyertai Program Khas Haji YAB Perdana Menteri buat kali ke-5. Program ini ditaja oleh Yayasan 1MDB.

Dalam seronok segelintir pihak menyambut agenda parti lawan menyerang 1MDB yang ketika ini masih dalam siasatan, para bakal Haji ini menadah tangan tanda bersyukur. Semoga para jemaah haji terus dicucuri rahmat dan memperoleh haji mabrur.

Sent from my iPhone

3 comments:

  1. Alhamdulillah.

    Admin, tolong beritahu Datuk Seri Najib agar off kan komen FB beliau. Kerana, penyokong pembangkang dan pengkhianat sungguh biadab. Saya juga hairan kenapa ahli Umno tidak berani pertahankan Ketua mereka. Saya orang biasa, kerja teknisyen dan tidak berparti. Tapi hasil sembahyang istikharah saya dapat petunjuk siapa benar atau salah.

    ReplyDelete
  2. Sokong..kalau benar PM bersalah kenapa dia beriya iya suruh siasat..itu menunjukkan kebenaran akan terserlah..biasa benar dan siapa pembawa fitnah..kita tunggu dan lihat.

    ReplyDelete