Friday, July 3, 2015

Beri dana kepada PM? Ini jawapan balas 1MDB

Kenyataan Media oleh 1Malaysia Development Berhad
Dikeluarkan pada 3 Julai 2015

Merujuk kepada laporan-laporan media yang diterbitkan awal hari ini, #1MDB ingin menjelaskan bahawa syarikat tidak pernah memberikan sebarang dana kepada Perdana Menteri.  Untuk mengatakan sebaliknya, seperti yang telah dilakukan oleh beberapa pihak media, adalah sangat tidak bertanggungjawab dan merupakan satu percubaan yang sengaja untuk melemahkan syarikat.


Pendedahan baru-baru ini telah menimbulkan kebimbangan mengenai kesahihan beberapa  dokumen yang ‘dibocorkan’ yang mana beberapa media tertentu, dan blog-blog online seperti Sarawak Report, telah gunakan untuk mengelirukan masyarakat dan memberikan justifikasi untuk dakwaan palsu terhadap syarikat dan kerajaan.

Berdasarkan laporan-laporan akhbar, dokumen-dokumen ini didapati telah diubah, dan telah digunakan oleh seorang individu – yang kini ini ditahan di sebuah negara asing – untuk  memeras ugut bekas majikannya.

Oleh itu kami terkejut bahawa dokumen-dokumen seperti ini, yang kewujudan dan kesahihannya belum disahkan secara terbuka, terus digunakan sebagai asas untuk membuat dakwaan tidak berasas yang baru terhadap 1MDB.

1MDB kini sedang bekerjasama dalam beberapa siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa yang berkenaan termasuk Ketua Audit Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan Bank Negara.  Pihak-pihak berkuasa ini mempunyai semua maklumat berkaitan, dan kami meminta semua pihak untuk menunggu hasil penemuan mereka sebelum membuat dakwaan seterusnya dan bergegas untuk menghakimi perkara tersebut.

1 comment:

  1. Yg bangang sangat 1MDB nak beri penjelasan lagi buat apa..nak tunjukkan 1MDB tak bersalah..bodoh..dah tahu itu fitnah kenapa tak buat saja laporan polis dan teruskan tindakan saman saja. Kenyataan bodoh yg 1MDB keluarkan lagi menambah kemarahan RAKYAT kerana kebodohan pentadbiran..

    ReplyDelete