AdSense

Tuesday, February 5, 2013

Pentingnya PERPADUAN. MB Kedah mula sedar???

Semakin hari kita dapat lihat gerombolan dalam PAS mula sedar yang mana bagusnya dasar-dasar baru kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.



Dengan perbalahan dalaman PAS di antara puak ulama dan Anwarinas tampaknya tiada berkesudahan.
Presiden PAS Hadi Awang tidak lagi menjadi suara utama dalam parti kerana begitu ramai puak Anwarinas dalam PAS, menyukarkan untuk menegakkan agenda sebenar, iaitu memperjuangkan agama Islam.


Transformasi yang dibawa Najib nampaknya membawa hasil positif kepada negara.
Pelbagai kaum, lapisan masyarakat mendapat faedah seterusnya membawa kepada kemakmuran negara.
Perpecahan sesama masyarakat dalam Malaysia sememangnya menjadi impian negara-negara luar yang dengkikan kemakmuran Malaysia.



Semakin hampir, perpaduan umat Islam dan Melayu ini perlu diperkukuhkan dengan menolak individu bernama Anwar Ibrahim sekaligus menolak pimpinan rasis DAP.

1Malaysia, perpaduan yang membawa kita kepada negara maju mencapai wawasan 2020!

No comments:

Post a Comment