AdSense

Sunday, November 4, 2012

SAH!!! Akaun Selangor dan P.Pinang sembunyi masalah?!!!


Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) meminta Ketua Audit Negara untuk menyemak semula beberapa kemasukan dalam akaun hasil bagi kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang menimbulkan kekeliruan.

Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri berkata, kajian oleh BNBBC terhadap Laporan Audit Mengenai Pengurusan Kewangan di Peringkat Negeri-Negeri mendapati ada keadaan yang mana wang daripada akaun amanah negeri (hasil bukan cukai) dimasukkan ke dalam akaun hasil.

Di samping itu, menurut beliau, wujud juga keadaan yang mana wang yang disalurkan daripada kerajaan Pusat tidak dibelanjakan oleh kerajaan negeri.

"Saya ingin membuat pembetulan sekiranya ada orang berkata Menteri Besar Selangor paling cemerlang dari segi pengurusan kewangan kerana negeri paling cemerlang adalah Sarawak.

"Saya hendak tegaskan disini, dari segi kedudukan kewangan yang disatukan, negeri yang terbaik adalah Sarawak dengan RM18.4 billion, diikuti Sabah dengan RM2.6 billion dan kemudian baru Selangor RM1.9 billion serta Pulau Pinang RM1.1 bilion" katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini. - Sumber

No comments:

Post a Comment