Friday, November 16, 2012

Pemuda PAS Tolak Bersih, ikhlas atau permainan politik?


KOTA BHARU, 16 Nov - Dewan Pemuda PAS Pusat sebulat suara menolak usul untuk menganjurkan perhimpunan Bersih 4.0 bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil. Usul berkenaan ditolak selepas mengambil kira beberapa pandangan agar Pemuda PAS memberi tumpuan kepada gerak kerja bagi memantapkan jentera pilihan raya di peringkat akar umbi. 

"Tak perlu adakan Bersih 4.0. Kami minta supaya usul bersih 4.0 ditangguhkan dahulu bagi memberi tumpuan untuk kita tawan Putrajaya. "Kita juga berpendapat bahawa seharusnya Pemuda memberi tumpuan kepada program penerangan kepada ahli bagi menghadapi pilihan raya umum. Adalah lebih baik untuk ditumpukan kepada gerak kerja di kawasan masing-masing," kata Perwakilan Putrajaya, Salahuddin Zaini pada Muktamar Pemuda PAS ke-53 di sini, Khamis. 

Terdahulu, usul berkenaan dikemukakan perwakilan Pemuda PAS Jasin, Aminuddin Abdul Jalil yang mendedak supaya pimpinan pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan Bersih 4.0 bagi menghidupkan kebangkitan rakyat menghadapi pilihan raya umum ke-13. Selain itu Salahuddin menegaskan penganjuran siri perhimpunan Bersih tersebut turut memberikan kesan kepada peruntukan kewangan selain pembaziran tenaga. "Bersih 4.0 memerlukan tenaga dan mengambil masa yang lama, lebih baik tenaga yang ada kita fokus kepada pemantapan jentera parti," katanya.

SUMBER: KLPOS

http://www.klpos.com/politik/25782-muktamar-pas-pemuda-tolak-anjur-bersih-40

No comments:

Post a Comment