Thursday, November 1, 2012

Kerajaan Negeri Selangor patut malu dengan Usaha Hasan Ali perjuangkan Akidah Umat Islam.

 Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali mengharapkan rangkaian pemikiran ummah dapat diteruskan dengan wujudnya IMR Network.

Menurut Hasan, siaran IMR TV dan IMR FM akan memaparkan slot-slot penyatuan ummah selain memupuk nilai-nilai murni dalam masyarakat.

Selain itu juga terdapat beberapa slot politik dan hiburan tetapi dengan cara penyampaian yang berbeza.

"Program kami sedikit berbeza. Kebanyakkan (paparan) adalah mengenai kehidupan masyarakat," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian IMR Network di Alam Avenue di sini hari ini.

Hasan Ali yang juga merupakan Pengarah IMR Network menjelaskan, budaya murni akan diterapkan dalam setiap segmen mahupun paparan agar ia dapat dijadikan sebagai rujukan yang bermanfaat serta berfaedah kepada masyarakat, khususnya orang Islam.
Baca Selanjutnya di sini

No comments:

Post a Comment