AdSense
Thursday, November 29, 2012
BERITA DARI PWTC : Ucapan Najib buat orang menangis...!!!
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menegaskan masa depan negara bukanlah bahan uji kaji untuk rakyat mengambil risiko yang cukup tinggi dengan menyerahkan negara kepada pihak pembangkang sebagai satu bahan eksperimen untuk bertukar-tukar kerajaan.
Beliau berkata, tanpa penilaian yang betul, teliti dan kritikal, menukar kerajaan ibarat mengamanahkan tikus untuk membaiki labu. "Kita ada mendengar pendapat yang mengatakan, apa salahnya memberi peluang kepada pembangkang untuk menang bagi dinilai kemampuan dan keupayaan mereka mengurus negara dan rakyat.
"Ini adalah satu risiko yang amat tinggi kerana masa depan negara, keluarga dan anak-anak kita terlalu berharga untuk dijadikan bahan uji kaji," tegas beliau ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO ke-63, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC.
Selanjutnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment