Thursday, October 18, 2012

Takut kantoi MENIPU ke?!!!



Apa pasal yang menyebabkan ahli parlimen pakatan rakyat tergesa-gesa menghabiskan sidang media mereka?

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan memerhati gelagat mereka  ahli parlimen pakatan rakyat sedang bercakap dengan pemberita.

Bukan bercakap sebenarnya, tetapi lebih kepada PUTAR BELIT.
Depa dalam pakatan rakyat ini mengguna kerusi SIDANG MEDIA di parlimen dengan sebaik-baiknya.
Sedia maklum, kerusi untuk mengadakan sidang media itu sememangnya telah tersedia bagi mana-mana pihak ahli parlimen untuk mengadakan sesi sidang media.

Perkara inilah yang disalahguna oleh segelintir ahli parlimen.
Mana yang syok sendiri, tak ada isu pun mereka nak juga duduk di kerusi sidang media itu.
Semata-mata nak masuk TV, nak nama keluar dalam suratkhabar mahupun portal.

Tak ada isu, mereka terutamanya ahli parlimen pakatan rakyat akan sedaya upaya untuk mengadakan 'isu'.

Tidak hairanlah semalam apabila ahli parlimen pakatan rakyat cuba untuk tarik perhatian pemberita dengan membuat putar belit cerita berkenaan isu subsidi teksi.

Semalam, apabila mereka nak spin cerita, tiba-tiba Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan turut serta mendengar apa yang ahli parlimen pembangkang itu cakap.

Yang menghairankan, kenapa mereka tergesa-gesa menamatkan sesi sidang media itu?
TAKUT KANTOI MENIPU KE ?

Sumber Gambar : KLPOS

No comments:

Post a Comment