Monday, October 22, 2012

Malaysia Negara Sekular?!!!


Malaysia tidak pernah diisytiharkan sebagai sebuah negara sekular kerana penubuhan Malaysia berasaskan kerajaan Islam Kesultanan Melayu dan Raja-raja Melayu merupakan ketua agama Islam di negeri masing-masing, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Nazri berkata, mengikut fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan dan kedudukan ini diperkukuhkan dengan adanya peruntukan-peruntukan lain yang menjaminnya.

"Saya tidak dapat sahkan kesahihah berkenaan kenyataan yang dibuat oleh ketiga-tiga Perdana Menteri yang lepas. Kalau saya menjawab pun, menjawab atas tanggapan sahaja bukan sesuatu fakta.

"Memang jelas bahawa Malaysia tidak pernah diputuskan atau diisytiharkan sebagai sebuah negara sekular. Ini kenyataan saya menjawab di Parlimen, bukan satu penipuan dan ini adalah berdasarkan fakta-fakta yang telah saya bentangkan," katanya ketika menjawab soalan tambahan John Fernandez (DAP-Seremban) di Dewan Rakyat hari ini, lapor Bernama.

No comments:

Post a Comment