AdSense

Sunday, October 21, 2012

Gerakan Rakyat BANGKIT!!! Kerajaan Selangor semakin takut!


Semakin hari semakin banyak kebangkitan rakyat di negeri Selangor ini.
Mungkin akibat tidak tahan lagi ditipu hidup-hidup, rakyat semakin bosan dengan kerajaan negeri dibawah pentadbiran Khalid Ibrahim.

Semakin jelas terpapar kerajaan pakatan rakyat yang jijik mengamalkan budaya 'kelentong' semata-mata mahu meraih undi ketika berkempen pilihanraya lepas, tahun 2008.



TERKINI !!!
Petikan media :

SELAYANG 21 Okt - Penghuni Pangsapuri Selayang Height hari ini bertindak menuntut hak mereka terhadap kerajaan Negeri Selangor berhubung pemberian air percuma.

Penghuni Pangsapuri Selayang Height yang mengandungi kira-kira 500 unit rumah itu mula bertindak menyaman kerajaan Negeri Selangor kerana mendakwa mereka ditipu dalam janji manifesto Pakatan Rakyat pada pilihanraya 2008.
 
Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, tindakan penduduk (memfailkan saman) bertujuan untuk mendapatkan hak mereka yang selama ini sengaja dinafikan oleh kerajaan negeri.
 
"Kita (GPRS) bersama rakyat ingin menegakkan hak mereka. Rakyat terutamanya di Selangor mula sedar mereka ditipu kerajaan negeri yang didakwa gagal menunaikan janji," katanya ketika sesi penerangan kepada penduduk di sini hari ini.
 
Selain itu, Sohaimi turut menegaskan bahawa tuntutan yang dilakukan oleh penduduk bukan digerakkan oleh GPRS tetapi atas kesedaran rakyat sendiri.



1 comment:

  1. Syokan satu protes demo raksaksa di Selangor terdiri daripada rakyat yang tak dapat air percuma, rakyat yang rumah PKNS mereka kena lelong, anak yatim yang tanah YBK kena rampas dan kerana kerajaan Selangor nak buat rayuan di mahkamah,....serta semua rakyat kerana di tipu!!!NGO-NGO Selangor ada berani kerrr buat!!!!

    ReplyDelete