AdSense

Tuesday, October 23, 2012

BAS MEWAH ANWAR IBRAHIM : Ada pulak duit MB Selangor?


 Presiden GAPS, Hamidzun Khairuddin berkata, mereka berminat untuk mengetahui identiti pihak yang membayar ansuran bulan bas mewah yang digunakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi jelajahnya.

"Kesilapan paling besar transaksi bas mewah ini ialah bas yang bernilai RM900,000 itu didaftarkan atas nama Abdul Khalid Ibrahim. Akan tercatat dalam sejarah Selangor, seorang MB membeli bas mewah atas namanya.

"Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor telah membuat pengumuman pada Ogos lalu, bahawa bas mewah untuk kegunaan PKR itu disewa dan diuruskan oleh Abdul Khalid," katanya dalam satu kenyataannya hari ini. Menurut Hamidzun, Abdul Khalid turut mengakui bas mewah itu adalah miliknya dan dibeli melalui sewa beli selama enam bulan.

Beliau menafikan bas itu dibiayai oleh syarikat yang membekalkan 50 lori kompak sampah kepada MBI Incorporated. “Kalau benar yang bas itu disewa daripada Abdul Khalid kepada PKR untuk kegunaan Anwar, kami ingin tahu berapa kadar sewaannya setiap bulan.

“Kalaulah benar bas ini dibeli secara sewa beli selama enam bulan seperti yang diuar-uarkan oleh MB, kami ingin bertanya siapakah yang membayar ansuran bulanan sebanyak RM150,000 (RM150,000 x 6 bulan = RM900,000) kepada pihak bank itu," katanya.

Tambah beliau, pihaknya yakin gaji MB sebanyak RM20,000 sebulan jauh dari kemampuan untuk beliau membayar ansuran sebanyak RM150,000 sebulan itu.

“Jadi siapa yang bayar atau syarikat mana yang membayar ansuran ini? Kenapa mereka bayar bagi pihak MB?,” soal beliau.

Tegas beliau, “rakyat Selangor mahu jawapan yang pasti dari Menteri Besar. Rakyat Selangor juga menuntut kebenaran dan keadilan dari siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
SUMBER

No comments:

Post a Comment