AdSense

Sunday, September 9, 2012

Penolakan Rakyat Terhadap Anwar meluap-luap!




Bas jelajah merdeka Anwar disimbah cat merah lagi . Kali ni berlaku di Jasin, Melaka . Menurut laporan Malaysiakini kejadian berlaku pada pukul 3:30 petang di Kampung Rim . 20 orang samseng BN dikatakan menghalang bas jelajah merdeka. Tuduhan adalah berasaskan keyakinan mereka bahawa ada ahli jawatankuasa UMNO di dalam kumpulan itu . Dikatakan telah tercetus pergaduhan diantara kumpulan AMK dan 20 orang 'samseng' itu .

Apa yang berlaku di Jasin seolah-olah menunjukkan penolakan rakyat dengan konsep 'bas jelajah merdeka' Anwar itu . Tak mustahil kemarahan penduduk setempat meluap-luap dengan insiden terbaru kibaran bendera 'Sang Saka Malaya' yang mendapat sokongan terbuka dari Anwar .

Kedatangan rombongan Anwar ke kawasan mereka mungkin merupakan peluang untuk menunjukkaan bantahan . Namun apabila berlaku pertembungan antara 2 kumpulan yang berbeza pendapat macam-macam boleh berlaku . Media-media pembangkang akan 'galak' memainkan isu ini kononnyaa menunjukkan sikap 'tak bertamadun' penyokong-penyokong BN , namun apabila dilihat dari sudut lain ia mungkin merupakan reaksi daripada insiden-insiden 'tak bertamadun' yang ditunjukkan oleh puak-puak Pakatan Haram .

Contoh paling mudah , mensabotaj malam sambutan kemerdekaan negara . Insiden bendera dan gambar PM dipijak cukup terkesan di hati rakyat yang cintakan keamanan .Hukum Newton ketiga mengatakan apabila ada 'action' akan ada 'reaction' . Nampaknya apa yang dinyatakan oleh Isacc Newton ni tak terhad dalam bidang sains saja , malah boleh juga dikaitkan dengan psikologi manusia .

Manusia akan bertindak balas apabila emosi mereka terganggu , walaupun kejadian di Dataran Merdeka beratus kilometer jauhnya dari Kampung Rim .  Itu lah 'suara' sebenar rakyat Malaysia yang tinggal di seluruh pelosok negara . 'Suara' rakyat Malaysia bukan dari 'suara' yang menghuru-harakan bandaraya Kuala Lumpur dengan berbagai jenis perhimpunan haram .Kejadian di Jasin ada hikmahnya , semasa kekecohan jurugambar berjaya merakamkan satu insiden yang agak 'menakutkan' . Dikatakan dalam kelompok rombongan PKR itu , seorang lelaki telah mengeluarkan senjata api dan mengacukan kepada 3 orang semasa kekecohan berlaku. Persoalan yang timbul siapakah lelaki itu ?

Dan tindakan beliau mengacukan senjata api juga boleh dipersoalkan . Pakatan pada satu ketika dulu pernah mengecam tindakan polis trafik mengacukan pistol kepada pendemo 'Bersih' tetapi apa pula kata mereka pada hari ni ? Polis trafik itu kita tahu memang ada lesen senjata api dan tindakan beliau untuk mempertahankan diri , tetapi apakah lelaki berkenaan mempunyai alasan yang sama ? 

Sumber artikel : http://bidaman.blogspot.com/2012/09/tak-puas-hati-bas-kena-simbah-cat.html
Gambar ihsan : Jiwa Paradox

No comments:

Post a Comment