AdSense

Saturday, July 21, 2012

Ramai marah bila MB dan Exco Selangor politikkan isu air!



“Mereka pergi ke empangan dan tunjuk disini ada air, kemudian mereka katakan mengapa catuan air berlaku ? Mereka pergi ke sungai dan kata hari-hari hujan. Sebenarnya mereka tidak faham daripada sistemnya barangkali bagaimana proses air itu berjalan daripada air mentah sehinggalah air terawat yang diguna oleh rakyat dan pengguna di negeri Selangor” kata beliau. 

Menurut beliau, rakyat perlu faham bahawa pengeluaran air di loji rawatan yang ada tidak cukup untuk menampung penggunaan yanng semakin meningkat kerana loji sedia ada hanya mampu merawat air dalam kapasiti tertentu walaupun beroperasi pada tahap maksimum, 24 jam sehari tanpa henti. Kerana itu ada kawasan yang terpaksa menerima catuan kerana bekalan air bersih dari loji rawatan tidak mencukupi. 

GPRS juga akan mengadakan pertemuan dengan SYABAS bagi mendapatkan maklumat dan keterangan yang lebih lanjut tentang isu air yang berlaku di Selangor di samping memastikan samada SYABAS ada agenda tersembunyi atau kerajaan negeri Selangor yang cuba bermain politik cuba mengaburi mata rakyat Selangor. Dijangkakan lebih daripada 20 NGO di negeri Selangor akan menyertai pertemuan dengan SYABAS itu. 

Dalam sidang media itu Datuk Sohaimi mempersoalkan tindakan Menteri Besar Selangor yang mahu menghantar pemantau ke SYABAS sedangkan kerajaan negeri Selangor sendiri mempunyai 30% kepentingan saham dalam SYABAS dan secara tak langsung mempunyai wakil di dalam SYABAS yang juga boleh dianggap bertindak sebagai pemantau. Selain itu, sebagai pemegang saham segala laporan dan audit SYABAS diserahkan kepada kerajaan negeri Selangor. “SYABAS ini kerjanya hanyalah mengagihkan air, air dibeli oleh SYABAS dari loji rawatan .

Kalau kerajaan negeri tidak puas hati dengan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 ,mereka boleh uruskan, kita cadangkan kerajaan negeri ambil alih dan jual air kepada SYABAS. ” katanya lagi. Mengenai dakwaan Menteri Besar bahawa harga air akan menjadi semakin mahal sekiranya Loji Rawatan Air Langat 2 diteruskan , Datuk Sohaimi menjelaskan bahawa dari prinsip perniagaan apabila bekalan melebihi permintaan , maka harga sepatutnya akan menjadi lebih rendah .

Oleh yang demikian, dakwaan yang dibuat oleh Menteri Besar itu boleh dipersoalkan dari segi asasnya.    
Sumber : KLPOS

No comments:

Post a Comment