Adakah ini lagi satu PUBLISITI MURAHAN Perkasa ?
Mungkin ya bagi pihak di sebelah sana.
Pihak pembangkang terutamanya.
Ya lah, Perkasa ni selalu sangat tidak menyokong agenda yang disifatkan mereka tidak betul.
Sebut sahaja berkenaan hal Melayu atau Islam yang cuba disentuh pihak tertentu, PERKASA lah benteng awal yang melaungkan TAKBIR!
Kenapa Perkasa?
Kenapa tidak PAS?
Maksud aku, demonstrasi sepertimana yang dilakukan Perkasa siang tadi, demo aman bantahan Seksualiti Merdeka 2011 dan seterusnya menghantar memorandum mendesak JAWI ambil tindakan mahkamah terhadap penganjur tersebut.
Dan Perkasa kebiasaannya akan diludah bangsa sendiri terutamanya dikalangan PAS / PKR kerana bagi mereka Perkasa ini tidak lain tidak bukan hanyalah mencari PUBLISITI.
Soalan untuk orang Melayu yang mentertawakan pertubuhan NGO ini, apakah mereka sanggup lakukan perkara sama?
Bantah setiap perkara yang mencabar kedaulatan agama dan negara tanpa agenda politik?
Nik Aziz dalam sidang media dua hari lepas tidak menyokong aktiviti terbabit.
Begitu juga Dewan Pemuda PAS, yang keluarkan kenyataan tidak menyokong di HarakahDaily.
TETAPI kenapa mereka tidak berdemo?
Bukankah demonstrasi adalah hobi mereka?
Kenapa tidak untuk isu yang membabitkan BOSS mereka dalam Bersih2.0 ini ?
PAS bukan perjuangan Alif Ba Ta, PAS hanya parti politik yang mementingkan diri sendiri !
No comments:
Post a Comment