AdSense
Tuesday, September 27, 2011
Agak-agak laa, sudah-sudah laa LACURKAN AGAMA DEMI KEPENTINGAN POLITIK !!!
JENAYAH DALAM ISLAM
Secara ringkas, jika tidak cukup syarat untuk dilaksanakan hudud maka dikenakan hukum ta'zir atau terus dibuang kes dari mahkamah.
1) Hudud - Hukuman yang telah ditetapkan dalam nas nas Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. yang tidak boleh ditokok tambah atau dikurangkan.
2) Qisas - Hukuman yang ditetapkan dalam nas nas Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. kerana kesalahan kesalahan yang melibatkan hak individu.
3) Diat - Denda yang dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti Qisas.
4) Ta'zir - Hukuman ke atas jenayah yang tidak ditetapkan kadar seksanya oleh Allah Taala dan terpulang kepada hakim untuk menetapkannya.
Kenyataan Hadi Awang mengenai konsep empat saksi dalam perlaksanaan Hukum Hudud. Dimanakah konsep keadilan dalam Islam? Walhal Hadi Awang cukup arif mengenai Hudud, Qisas, Diat dan Ta'zir.
Perlakuan zina ada tiga cara untuk dijatuhkan hukuman sama ada hudud atau ta'zir.
1) Ikrar dan pengakuan zina
2) Empat orang saksi yang adil, tidak fasiq, yang nampak perlakuan zina berlaku dihadapan mata.
3) Qarinah - pembuktian yang tidak ada empat saksi berlaku zina. Tidak boleh dijatuhkan hukuman hudud melainkan hukuman ta'zir.
Persoalan ... mengapa Hadi Awang menolak bulat-bulat Qarinah dan hanya menggunapakai Hudud? Apakah ini konsep keadilan dalam Islam? Pakai separuh dan buang separuh mengikut logik pemikiran dan pemahaman sendiri?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment