AdSense

Tuesday, June 7, 2011

Dari Negara Islam kepada Negara Kebajikan - Politik

PAS sudah semakin hari semakin lupa jati diri dek kerana terikat dengan pakatan pembangkang. "Diluah mati mak ditelan mati bapa" adalah perumpamaan Melayu yang sesuai untuk parti itu. Bercelaru mencari asal-usul. Cuba lari untuk menjadi kambing hitam golongan tertentu akan tetapi hakikat dan realiti PAS dan kambing hitam tidak dapat dipisahkan. Golongan tertentu akan mencari PAS untuk kepentingan tertentu. Nak berjoget dalam masjid, carilah PAS. Nak buat salah buatlah, Pasti ada orang yang akan memaafkan dan solat hajat beramai-ramai dan timbullah fatwa-fatwa pelik. Itukah puncanya golongan ulama dalam PAS dimiskinkan pada muktamar kali ke 57 ini?

No comments:

Post a Comment