AdSense

Monday, June 20, 2011

ANWAR ke Dinding !!!

Mana tempat lagi DSAI nak lari? Nak selamatkan diri? Nak bernafas?
Dia sudah ke dinding!!!
Sebab itu....
Benda bodoh ini nak dilaksanakan..........
Ini semua permainan politik Anwar Ibrahim dan sekutunya DAP !
DSAI sudah mengetahui bahawa dia tidak akan selamat lagi dek kerana isu-isu moralnya yang begitu busuk sehingga menyebabkan rakan-rakannya dalam PAS dan PKR tidak tahan dan tidak sanggup lagi mempertahankannya.

Disebalik itu, agenda Ambiga yang dikatakan tali barut BARAT yang sibuk nak lancar demonstrasi jalanan haram atas tiket SPR tak telus?
2008 menyaksikan 5 negeri berjaya ditawan pihak pembangkang.
Apa tidak telus lagi kah SPR?
18pilihanraya kecil, separuh dimenangi Barisan Nasional dan separuh lagi pakatan pembangkang.
Apa tidak telus lagi kah SPR?
Akses kepada media?
Selama ini mereka dihalangkah?
Mereka ada Harakah, Suara Keadilan, Roketkini dan macam-macam lagi lah !
Bagaimana pula hal nya dengan Utusan yang tidak mendapat akses dengan PAS?

Jadi isu SPR bukanlah perkara asas bagi Ambiga dan sekutunya.
Isu utamanya adalah :
Huru-hara kan negara
Dengan ini dapatlah ditunjukkan kepada BARAT akan keburukan negara Malaysia. Mereka akan mengambil gambar beberapa orang polis mahupun pihak FRU dan penguatkuasa yang sedang meleraikan perhimpunan tersebut. Dari sudut 'angel' yang menarik, gambar itu akan menampakkan seolah-olah pihak polis/FRU sedang menindas orang awam. Seolah-olah pihak berkuasa Malaysia bertindak kejam ke atas orang ramai. Dan dengan itu maka tersebarlah 'gambar' tersebut ke media BARAT. Dan BARAT pun akan secara lantang masuk campur dalam urusan negara.

PRU13
Dan 'bersih 2.0' ini juga adalah persediaan untuk pilihanraya umum 13. Pemimpin pakatan secara diam akan membuat kajiselidik dan ujikaji terhadap barua-barua dalam demonstrasi haram ini. Sejauh mana mereka diterima rakyat. Dan sepertimana agenda diatas, gambar dari sudut yang menarik juga akan diambil cuma bezanya disini, gambar-gambar tersebut disebarkan ke kawasan-kawasan kampung.

Anwar Ibrahim
Seterusnya, perhimpunan haram ini adalah untuk mengalihkan isu panas ketika ini yakni 'Anwar Ibrahim Liwat II' dan 'Anwar Ibrahim Video Seks'. Anwar Ibrahim sendiri mengetahui bahawa dirinya sudah tidak mampu berdiri lagi. Dia tidak boleh lari dari undang-undang dan tidak boleh diselamatkan lagi.
Anwar Ibrahim ke dinding !!!


No comments:

Post a Comment