AdSense

Tuesday, May 24, 2011

PAS Lancarkan BULANKINI ???


Semalam DAP lancarkan portal baru yang mengkhususkan penggunaan Bahasa Melayu dalam penulisannya. Jika Lee Kuan Yew dalam parti PAP di Singapura mahu bersara setelah melihat kebangkitan parti lawan, berbeza di Malaysia. Parti DAP terus berusaha dalam mendapatkan undi orang Melayu dan Bumiputera tidak kira apa cara. Pendekatan ini adalah bagus. Biarlah rakyat tahu perjuangan semua parti, biarlah rakyat sentiasa mengetahui perkembangan setiap parti di Malaysia ini dan untuk mesra pengguna, gunalah bahasa kebangsaan. Syabas Roketkini.com. Ada udang di celah-celah mee. PAS??? Bila mahu lancar BulanKini? Gunakan bahasa Mandarin dalam penulisan. Senang, supaya masyarakat Cina khususnya tahu perkembangan dan info-info terkini dalam PAS. Mudah-mudahan perniagaan ubat kuat dalam portal Harakahdaily bertambah laris jualannya. Oh! terlupa pula, PAS sekarang sedang sibuk dengan Muktamarnya. Okay, take your time. Semoga perjalanannya lancar tidak seperti pemilihan dalam PKR.

No comments:

Post a Comment