AdSense

Friday, May 6, 2011

Orang-orang biadap dalam masjid dipanggil polis


Shamsul Iskandar Mat Akin, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) bakal dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kekecohan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul baru-baru ini. Insiden kekecohan tersebut mendapat perhatian. Apa tidaknya, masjid yang menjadi tempat suci dan rumah ibadah bagi umat Islam menjadi gelanggang kebiadapan. Insiden yang melibatkan orang Islam itu sendiri hanya kerana politik. Sebelum ini kita mungkin pernah dengar mengenai dua imam didalam satu masjid. Atau dua solat Jumaat di satu kawasan. Ini berlaku hanyalah kerana politik.


Politik yang sepatutnya membawa kepada kebaikan telah menjadi sebaliknya. Terbaru, kebiadapan dan pengeluaran kata-kata kesat didalam masjid yang dilakukan oleh orang Islam itu sendiri. Jelas, parti yang satu ini ditubuhkan semata-mata untuk si kepalanya, bukan untuk isinya atau buahnya mahupun akarnya.

Jika kepala berasa pening, kepalalah yang perlu ditampal koyok. Bukannya di lengan atau kaki.

1 comment:

  1. Nak tengok dia dan mereka itu berdiri dalam kandang orang yang dituduh dalam mahkamah. Dah banyak sangat laporan polis dibuat berhubung perlanggaran undang-undang kemudian senyap tanpa berita. Kerana itu pesalah jadi naik harga diri dan menjadi popular kerana seolah-olah kebal dari undang-undang.

    ReplyDelete