AdSense

Wednesday, May 4, 2011

Anwar pemimpin 'hebat' !!!

Hebatnya Anwar Ibrahim ini sehingga mengenepikan pemimpin-pemimpin dunia yang lain. Antara contoh pemimpin dunia yang berjaya dikalahkan Anwar adalah seperti berikut :

1998, dunia gempar dengan pendedahan skandal seks Bill Clinton dengan pelatih White House, Monica Lewinsky. Bill Clinton yang berkhidmat dari 1993 hingga 2001 merupakan Presiden AS yang ke-42 dan mengakui secara terus-terang bahawa perbuatan curang dengan Lewinsky sebagai satu kesilapan moral yang teruk.

 Gabenor New York dari Parti Demokrat, Eliot Spitzer terlibat dengan skandal seks bersama seorang pelacur kelas atasan di sebuah hotel mewah.
Kejadian dengan pelacur tersebut yang hanya dikenali sebagai Client -9 berlaku di bilik 871, Hotel Mayflower di Washington pada 13 Februari 2008.
Kegiatan Spitzer ini sememangnya sesuatu yang menggemparkan kerana ia melibatkan perkhidmatan pelacuran dan berdasarkan siasatan Biro Siasatan Pusat (FBI), beliau telah melanggan pelacur sebanyak tujuh atau lapan kali dan membelanjakan AS$15,000 (RM45,000) untuk tujuan itu.

Ahli politik AS yang terlibat dalam skandal seks ialah Senator Republikan, Larry Edwin Craig yang ditangkap selepas melakukan perbuatan lucah berunsur homoseksual di dalam bilik air lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Minneapolis-St. Paul pada tahun 2007.
Segala-galanya bermula apabila akhbar Capitol Hill mendedahkan berita penahanan Craig yang juga Senator Idaho kerana melakukan perbuatan tidak senonoh itu pada 27 Ogos 2007.
Akibat skandal itu, Craig telah ditolak dari menganggotai politik kerana bimbang ia akan mencemarkan imej Parti Republikan yang terkenal dengan imej konservatif.

Dan banyak lagi skandal seks pemimpin yang berjaya didedahkan umum yang mana ianya adalah semata-mata untuk mencelikkan rakyat supaya tidak terus tertipu dengan pemimpin yang mereka sendiri pilih. Rata-rata pendedahan tersebut diakhiri samada dengan pengakuan, pemohonan maaf mahupun pengunduran.
TETAPI itu tidak berlaku di Malaysia. Sedangkan rata-rata pemimpin yang terlibat dengan sesuatu kejadian tidak senonoh tersebut mengenepikan sifat angkuh walhal mereka antara 'orang besar' didalam negara mereka.


TERBARU di Malaysia yang melibatkan orang besar sebelah parti pembangkang.
1. DNA
2. Jam tangan Omega
3. Sumpah laknat
4. Twitter
Empat perkara yang terus menjadi misteri tatkala orang yang dituduh itu terlalu sensitif dengan empat benda tersebut.
Persoalan, Anwar tidak dapat melaksanakan, menunjukkan empat perkara itu malah terus menafikan lelaki didalam video seks itu adalah dirinya.
Angkuhnya beliau. Sampai bila ?
Penafian tanpa bukti. Ibarat membuat anak sperma diluar ovari

No comments:

Post a Comment