Itulah cara pembawakan parti politik yang satu ini yang mengelarkan diri mereka pejuang Islam. Ya, perjuangan yang boleh menghalalkan yang haram. Perjuangan yang boleh meminta pertolongan dari syaitan. Fatwa-fatwa yang dikeluarkan pemimpin-pemimpin mereka pula adalah mengikut situasi semasa dan dikeluarkan sesukati hati mereka. Ibarat berlambaknya 'software anti-virus' di pasaran dikala virus menyerang komputer. Hakikatnya, virus yang menyerang itu adalah dicipta oleh syarikat anti-virus tersebut. Bagi mendapatkan keuntungan, mencari makan, itulah cara mereka. Mereka cakap, "Its all about business".
Dari bidang perniagaan, kita berbalik semula kepada politik.
Terbaru, Nik Aziz Nik Mat mengatakan mengenai orang Melayu. Tambahnya, parti PAS adalah parti yang memperjuangkan Melayu. Alhamdulillah, syukur. Tetapi, kenapa sekarang baru Nik Aziz dan PAS mengeluarkan kenyataan seperti demikian? Tatkala mereka menyedari rakyat khususnya berbangsa Melayu ini sudah tidak mempercayai Nik Aziz dan PAS?
Dan PAS dalam kenyataan yang berlainan mengatakan bahawa mereka tidak berharap untuk menang pada pilihanraya kecil DUN Kerdau dan Merlimau tidak lama lagi. Mereka seolah-olah sudah mengaku kalah.
Akan tetapi Muhyidin Yassin menegaskan kepada jentera-jentera Barisan Nasional supaya mengendahkan kata-kata PAS itu dan tambahnya mereka (PAS) hanya mahu meraih simpati dan ingin melemahkan jentera BN. Tambah Muhyidin lagi, beliau mahu jentera BN menjalankan tugas dengan kuat bagi memastikan kedua-dua PRK DUN Kerdau dan Merlimau ini dimenangi BN malah dengan majoriti yang lebih besar.
No comments:
Post a Comment