AdSense

Tuesday, January 11, 2011

Katakan Tidak pada GAY !!!

Semua umat Islam seluruh dunia pasti mengetahui sejarah tersebut.
Apakah cerita disebalik apa yang berlaku.
Zaman sekarang ia kembali berleluasa.
Baik orang bawahan, orang atasan.
Siapa mahu menangani nya jika bukan diri kita sendiri?
Mahu kita lawan ia habisan sebelum Allah menurunkan bala-Nya?

Semua pihak berkuasa termasuk orang ramai harus menyekat dan memulau golongan gay jika tidak mahu mengundang malapetaka ke atas negara ini gara-gara bersubahat dengan pengamal seks songsang itu.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, gay yang merujuk kepada homoseksual atau daya tarikan seksual terhadap anggota jantina yang sama adalah perbuatan orang jahiliah.
Nooh berkata, jika kerajaan, penguat kuasa undang-undang dan agama serta para ilmuwan tidak bertindak segera menghentikan kegiatan tersebut, beliau bimbang sejarah zaman Nabi Lut akan berulang yang mana pengamal kegiatan itu diturun bala oleh Allah.

"Sudah termaktub dalam al-Quran dan Hadis, perbuatan gay menyimpang daripada norma kehidupan manusia yang akalnya sihat. Kalau tidak disekat segera, ia boleh menjadi satu penyakit di kalangan manusia," katanya.

Tambahnya, barang siapa yang melihat satu maksiat, wajib di atas individu itu memperbetul atau menasihati orang berkenaan melalui kuasa yang ada sama ada menerusi kata-kata atau tindakan undang-undang.
Menurut Nooh, jika menerusi nasihat tidak berkesan, masyarakat harus memulau individu (gay) berkenaan sebagai satu cara pengajaran.

"Memulau gay itu adalah sebagai cara untuk membantu orang berkenaan kembali ke jalan Allah kerana kita tidak mahu mereka mati dalam kesesatan.
"Kesedaran juga boleh dipupuk menerusi khutbah Jumaat atau program-program agama yang disiarkan di saluran televisyen. Selagi orang berfikiran sihat tidak bertindak, selagi itulah kita dianggap bersubahat," katanya.

Beliau turut menasihatkan golongan orang kenamaan (VIP) atau sesiapa sahaja yang 'waras' supaya tidak bertindak seperti gunting dalam lipatan atau harapkan pagar, pagar makan padi.
Sementara itu, penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim berkata, dakwaan yang mengatakan golongan gay dilindungi oleh VIP adalah satu alasan yang sengaja direka untuk membolos diri daripada ditahan.

Katanya, jika benar VIP tersebut marah dengan tindakan pihak penguat kuasa yang sering menyerbu premis-premis kelab gay, kenapa VIP berkenaan tidak tampil.

"Saya yakin pihak berkuasa tidak gentar untuk menahan VIP atau VVIP jika mereka didapati bersalah. Bagi saya, ini hanyalah penyamaran atau jual nama VIP sahaja bagi mengaburi mata pihak berkuasa," katanya.
Dalam pada itu, Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM) Muhd. Razak Idris berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan merasa dukacita sekiranya ada VIP yang sengaja melindungi kegiatan gejala seks songsang.

Sehubungan itu, beliau meminta agar VIP tersebut bertaubat dan jangan menggunakan pengaruh bagi melindungi perbuatan terkutuk di sisi agama itu.
"Seharusnya VIP sama-sama membantu masyarakat mengekang gejala terkutuk daripada berkembang dalam kehidupan masyarakat terutama golongan muda kerana ia amat berbahaya dari sudut agama dan kesihatan," katanya.

Beliau mahu pihak berkuasa mengenal pasti dan menangani VIP berkenaan dengan tindakan undang-undang.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Laporan_Khas&pg=lk_01.htm

2 comments:

  1. Gay penyokong tegar bang Nuar....!!!!
    Sanggup mati mereka ni mempertahankan bang Nuar...!!

    ReplyDelete
  2. KL BOYZ, aku dengar ada persatuan Gay tu yg diketuai/dipresidenkan/dikapalai oleh bang Nuar. auw terkezut mak nok...? sat sat, aku nk siasat. wakakaka

    ReplyDelete