Tuesday, January 4, 2011

Cerita dari Singapura

Petang suram suram mendung
SL duk lepak minum teh di sebuah restoran di tengah ibukota
sedang hirup teh panas kaw...

"dik, ada orang? sapa seorang pakcik berusia lingkungan awal 50an.
"tade pakcik, duduk la" balas SL spontan.
"may i take your order sir?" tanya pelayan yang comel itu.

5minit kemudian pesanan pakcik tu pun sampai.
"sluuurp"
"slurrrp....aah"

wah betul-betul menikmati hidangan pakcik ni kata benak SL
dicapainya rokok sempoerna hijau dari dalam poketnya.
"untung you duduk Malaysia dik"
"aaa? balas SL spontan. tetiba je orang tua ni dah kenapa? dia ni bukan orang Malaysia ke? muka orang Malaysia???

"yela, Malaysia aman. banyak kaum tapi hidup harmoni. orang Melayu hidup terjamin. Cina India juga terbela"
"kenapa pakcik cakap macam tu? pakcik ni bukan orang Malaysia ke?" tanya SL
"pakcik orang Singapura" jawabnya.

"Singapura pun apa kurangnya pakcik.Maju. Kaya." bodek SL. SL sbnarnya nak sgt dgr cerita dari Singapura ni.
"Ya, maju, kaya. tapi kaum pakcik ditindas. itulah kesan dari sikap pakcik dan kawan-kawan masa dulu. Pakcik orang politik. Disebabkan terlalu taksub pada orang atas, kami lupa pada bangsa sendiri. kami tak peduli digelar pengkhianat asalkan dapat apa yang dicita, KUASA.

setelah kami hulur kepala kami...

ibarat dukung biawak hidup
ibarat memberi bunga pada beruk

itulah kesilapan besar pakcik dan rakan-rakan
sekarang kami tiada suara
tiada suara di negara sendiri
semuanya dikaut kroni dia
kaum dia
rakus, sgt rakus !

"dilihatnya jam tangan
eh, pakcik beransur dulu la
nak fly dah...
dik, jagalah negara adik ni baik-baik
jangan sampai jatuh ke tangan orang lain
jangan sampai merempat di negara sendiri
jangan jadi macam orang Melayu di Singapura
jangan jadi macam pakcik.
pesan pakcik ni, ingat sampai bila-bila !
Assalamualaikum."

No comments:

Post a Comment