AdSense

Friday, June 20, 2025

Penjawat awam diugut : Jangan burukkan kerajaan, jika tidak kena buang kerja. Ya ini 'kebebasan bersuara' zaman PHDAP!




Surat siaran terbaru, 19 Jun 2025 dari JPA mengingatkan penjawat awam jangan ulas apa jua kelemahan dasar kerajaan. Nanti boleh dikenakan tindakan hingga dibuang kerja.


Ayat 'Tindakan tatatertib sehingga dibuang kerja' di'bold'kan menunjukkan penegasan dan JPA serius dalam hal ini.

Analisa keputusan SIS Forum Berhad di Mahkamah Persekutuan




Mahkamah Persekutuan secara sebulat suara menyatakan fatwa yang dibuat adalah sah setakat individu yang menganut fahaman liberalisme dan pluralisme agama sahaja. 


Mahkamah tidak membuat keputusan terhadap kandungan fatwa tersebut kerana ia bukan bidangkuasa mahkamah sivil. Hanya yang berkait dengan syarikat pertubuhan atau institusi sahaja di luar bidangkuasa Respondents arahan terhadap KDN dan MCMC mengikut penghakiman majoriti 3-1.


Intipati:

Thursday, June 19, 2025

Contoh surat mohon kebenaran burukkan kerajaan





Nak burukkan kerajaan kena mohon kebenaran dulu ya.

Ini contoh permohonan;

ANTARA UNGKAPAN YANG AKAN SENTIASA DIINGATI




"Kerajaan yang ada pada hari ini Kerajaan Perpaduan. Kerajaan ini kerajaan kami. Jadi ikut suka kamilah." - YB Mohd Sany Hamzan, Ahli Parlimen Hulu Langat (PH-Amanah), 6 Jun 2023.

Sunday, June 15, 2025

Sampah pun kena cukai SST zaman PH DAP Madani jadi kerajaan ni...




Yang kutip sampah untuk jual pun kena tax bawah Madani.

Mulai 1 Julai 2025, kerajaan Madani akan mula mengenakan cukai jualan (SST) sebanyak 5% hingga 10% ke atas semua jenis skrap logam dan plastik kitar semula.

Sekarang bahan buangan yang dulu dikecualikan pun turut disapu SST.

Antara yang kini dikenakan cukai:
 • Skrap logam ferus (besi & keluli) – Kod HS 7204
 • Skrap aluminium – Kod HS 7602
 • Skrap tembaga – Kod HS 7404
 • Skrap timah, plumbum, nikel, zink, magnesium – Semua dikenakan SST 10%
 • Skrap plastik – Kod HS 3915 (polietilena, polistirena, PVC, PET, dan pelbagai polimer lain)

Dulu semua kod ini disenaraikan secara rasmi dalam senarai pengecualian SST 2022 (PU(A) 175/2022). 

Tapi bawah perintah baharu 2025 (PU(A) 170/2025), semuanya dimasukkan semula untuk dicukai.

Jadi sekarang, 
- bahan kitar semula pun kena cukai.
- Industri kitar semula pun ditekan, kos pengeluaran akan naik.
- Akhirnya barang siap pun akan jadi lebih mahal.

Kalau korang ingat buah-buahan, ikan, garam meja, gula mentah dan air laut saja kena cukai?

Tak. Sampah pun kena cukai.

Madani terdesak untuk kutip licin duit sampai sampah pun tak terlepas?


...

SL copy paste tulisan Lim Sian See sebagai backup, memandangkan FB beliau kena padam oleh... korang sendiri tahu siapa...

Rugi kalau tak ada backup sebab tulisan LSS semuanya berfakta dan bukan fitnah. Tu yang PH DAP takut sangat tu...

Mohon like dan follow FB terbaru LSS.