AdSense

Sunday, June 15, 2025

Sampah pun kena cukai SST zaman PH DAP Madani jadi kerajaan ni...




Yang kutip sampah untuk jual pun kena tax bawah Madani.

Mulai 1 Julai 2025, kerajaan Madani akan mula mengenakan cukai jualan (SST) sebanyak 5% hingga 10% ke atas semua jenis skrap logam dan plastik kitar semula.

Sekarang bahan buangan yang dulu dikecualikan pun turut disapu SST.

Antara yang kini dikenakan cukai:
 • Skrap logam ferus (besi & keluli) – Kod HS 7204
 • Skrap aluminium – Kod HS 7602
 • Skrap tembaga – Kod HS 7404
 • Skrap timah, plumbum, nikel, zink, magnesium – Semua dikenakan SST 10%
 • Skrap plastik – Kod HS 3915 (polietilena, polistirena, PVC, PET, dan pelbagai polimer lain)

Dulu semua kod ini disenaraikan secara rasmi dalam senarai pengecualian SST 2022 (PU(A) 175/2022). 

Tapi bawah perintah baharu 2025 (PU(A) 170/2025), semuanya dimasukkan semula untuk dicukai.

Jadi sekarang, 
- bahan kitar semula pun kena cukai.
- Industri kitar semula pun ditekan, kos pengeluaran akan naik.
- Akhirnya barang siap pun akan jadi lebih mahal.

Kalau korang ingat buah-buahan, ikan, garam meja, gula mentah dan air laut saja kena cukai?

Tak. Sampah pun kena cukai.

Madani terdesak untuk kutip licin duit sampai sampah pun tak terlepas?


...

SL copy paste tulisan Lim Sian See sebagai backup, memandangkan FB beliau kena padam oleh... korang sendiri tahu siapa...

Rugi kalau tak ada backup sebab tulisan LSS semuanya berfakta dan bukan fitnah. Tu yang PH DAP takut sangat tu...

Mohon like dan follow FB terbaru LSS.

1 comment: