AdSense

Wednesday, February 26, 2020

KEBURUKAN kerajaan perpaduan yang WAJIB korang tahu


KEBURUKAN kerajaan perpaduan yang WAJIB korang tahu


1. Kerajaan perpaduan BUKAN bermaksud kerajaan yang bersatu-padu. 'Kerajaan Perpaduan' tidak sama dengan 'semangat perpaduan kaum'.

2. Kerajaan perpaduan ialah di mana Perdana Menteri boleh memilih mana-mana Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat untuk dijadikan Menteri. Erti kata, PM boleh pilih mereka tanpa ikut parti.

3. Ini juga akan menyebabkan PM memiliki KUASA PENUH. Ibarat kata, dia boleh pilih sesiapa saja ikut suka hati dia. "Aku suka orang ini, aku pilih dia." Main tunjuk-tunjuk je macam bilionair tengah shopping.

4. Sudah tentu PM akan memilih kroni atau individu yang pro menyokong dia sendiri. Habis, bagaimana dengan individu yang tidak menyokong dia sedangkan individu tersebut lebih layak untuk menduduki mana-mana portfolio?

5. Kerajaan perpaduan juga akan melenyapkan peranan pembangkang dalam menjalankan proses semak dan imbang kerajaan pemerintah. Di sinilah membuktikan TIADA lagi kesuburan demokrasi yang telah pun kita amalkan sejak sekian lama.

6. Betul, ada negara yang buat kerajaan perpaduan. Tapi 'lain padang lain belalang'. Malaysia yang berbilang kaum dan berbagai parti politik tidak sesuai ditadbir cara kerajaan perpaduan. Eh, 22 tahun Mahathir jadi PM ke 4 dulu, kenapa tak terfikir buat kerajaan perpaduan?

7. Kesimpulannya, keputusan BN menolak cadangan Mahathir membentuk kerajaan perpaduan adalah keputusan tepat. Ini juga membuktikan bahawa pemimpin BN termasuk PAS dan PBRS TIDAK KEMARUK dengan tawaran jawatan-jawatan menteri. Mereka sanggup menolak sebarang jawatan semata-mata mahu memberi kuasa kepada rakyat menerusi pilihanraya. 

#PHvsPH
#PHgagalkanPH
#BubarParlimen

No comments:

Post a Comment