AdSense

Thursday, October 13, 2016

BAS TERBAKAR DI WANGSA MAJU


Rapid Bus Sdn Bhd pengendali perkhidmatan bas Rapid KL di Lembah Klang ingin mengesahkan bahawa sebuah bas Rapid KL telah telah terbakar berhampiran pusat membeli belah Aeon Big Wangsa Maju.

Kejadian ini berlaku kira-kira jam 4 petang melibatkan bas laluan T521 (LRT Sri Rampai - Seksyen 10 Wangsa Maju).

Insiden berlaku apabila bas berhenti secara tiba-tiba dan kapten bas terhidu bau asap. Lantas kapten bas menyuruh kesemua 6 penumpang di dalam untuk keluar dari bas tersebut. 

Semua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kebakaran ini telah menyebabkan kenderaan yang berada berhampiran lokasi turun rosak dijilat api. Rapid KL memohon kepada pemilik kenderaan yang terlibat untuk menghubungi kami di talian bantuan 03-7885 2525 atau emel kepada suggest@rapidkl.com.my bagi tujuan tuntutan pampasan. 

Rapid KL akan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa bagi menyiasat punca kejadian serta kos kerugian. Keselamatan dan keselesaan penumpang adalah keutamaan kami dalam memberikan servis yang terbaik. Rapid KL ingin memohon maaf di atas insiden ini yang menyebabkan gangguan lalulintas disekitar lokasi.


No comments:

Post a Comment