Saturday, September 3, 2016

Fakta tentang myBAS Ipoh yang perlu anda tahu


Pertamanya, eloklah kita panjatkan kesyukuran apabila perkhidmatan myBAS Ipoh sudahpun beroperasi bermula 1 September baru-baru ini.


Ipoh merupakan bandar raya ketiga di Semenanjung Malaysia yang telah menerima manfaat daripada peruntukan Kerajaan bagi perkhidmatan myBAS selepas Kangar dan Seremban.

myBAS Ipoh adalah satu program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) hasil inisiatif pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Dengan adanya myBAS Ipoh, pengguna dapat menikmati sistem pengangkutan yang lebih bersepadu dan jaringan bas yang lebih menyeluruh.

Apa yang anda perlu tahu tentang myBAS Ipoh :

19 laluan
314km
47,147 orang penumpang (setakat Julai 2016)


Laluan myBAS Ipoh

Perlaksanaan fasa pertama pada bulan Jun 2016 telah memperkenalkan 6 laluan baru. Fasa kedua dan terakhir myBAS Ipoh, yang bermula pada 1 September telah memperkenalkan 8 laluan utama dan 5 laluan perantara seperti berikut :

T31 : Stesen Bas Ipoh - Jalan Tun Abdul Razak - Jalan Panglima Bukit Gantang - Jalan Kuala Kangsar - Jalan Chemor-Tanjung Rambutan – Chemor

T32 : Stesen Bas Ipoh - Jalan Tun Abdul Razak - Jalan Panglima Bukit Gantang - Jalan S. P. Seenivasagam - Jalan Sultan Idris Shah - Jalan Raja Dr Nazrin Shah - Jalan Sultan Azlan Shah - Jalan Sultan Azlan Shah Utara - Jalan Bercham - Jalan Tambun – Tanjung Rambutan

T33a : Stesen Bas Ipoh - Jalan Tun Abdul Razak - Jalan Panglima Bukit Gantang - Jalan S. P. Seenivasagam - Jalan Sultan Idris Shah - Jalan Raja Dr Nazrin Shah - Jalan Sultan Azlan Shah - Jalan Tambun - Jalan Chemor - Tanjung Rambutan – Chemor

T33b : Stesen Bas Ipoh - Jalan Tun Abdul Razak - Jalan Panglima Bukit Gantang - Jalan S. P. Seenivasagam - Jalan Sultan Idris Shah - Jalan Raja Dr Nazrin Shah - Jalan Sultan Azlan Shah - Jalan Tambun – Tanjung Rambutan

T35a : Stesen Bas Ipoh - Jalan Tun Abdul Razak - Jalan Leong Boon Swee - Jalan Pasir Puteh - Jalan Pengkalan Barat 32 - Medan Stesen 18/18 - Jalan Pasir Puteh - Jalan Perindustrian Pengkalan - Jalan Lembah Permai Utama - Jalan Gopeng -Jalan Baharu – Batu Gajah

T35b : Stesen Bas Ipoh - Jalan Tun Abdul Razak - Jalan Leong Boon Swee - Jalan Pasir Puteh - Jalan Pengkalan Barat 32 - Medan Stesen 18/18 – Station 18

T36 : Stesen Bas Ipoh - Jalan Tun Abdul Razak - Jalan Lahat - Jalan Lee Ming Hin - Jalan Lahat - Jalan Bukit Merah - Lebuhraya Ipoh-Lumut - Jalan Bemban - Jalan Changkat - Jalan Gopeng - Jalan Baharu – Batu Gajah

T38 : Medan Gopeng - Jalan Raja Dr Nazrin Shah - Persiaran Lapangan Siber - Jalan Seri Botani Utama - Jalan Simpang Pulai - Medan Stesen 18/18 – Station 18

F300 (Loop): Jusco Kinta - Persiaran Medan Ipoh - Jalan Burung Belibis - Jalan Perajurit - Lebuh Bandar Baru Tambun - Jalan Tambun Permai - Jalan Tambun – Jalan Tambun Lama - Tingkat Perpaduan 12 - Jalan Perpaduan - Persiaran Bercham Timur 10 - Lorong Bercham 14 - Jalan Bercham – Jalan Lorong Bercham 19 - Hala Tasek Timur 26 - Laluan Tasek Timur 16 - Regat Tasek Timur 16 - Jalan Bercham - Jalan Sultan Azlan Shah Utara - Persiaran Medan Ipoh

F301 (Loop) : Lebuh Wirajaya - Lintasan Hillview - Jalan Raja Musa Mahadi - Jalan Raja Dr Nazrin Shah - Jalan Gunung Rapat - Jalan Raja Musa Mahadi - Jalan Sultan Azlan Shah - Jalan Raja Musa Mahadi – Jalan Sri Cempaka - Jalan Ampang Baru 7 - Persiaran Wira Jaya Barat 32

F302 (Loop) : Stesen Bas Ipoh - Jalan Tun Abdul Razak - Jalan Tun Perak - Jalan Sungai Pari - Jalan Ng Song Teik - Jalan Ng Weng Hup - Jalan Silibin - Jalan Raja Perempuan Mazwin - Jalan Kledang Utara - Lebuhraya Ipoh-Lumut - Hala Perusahaan Menglembu 13 - Persiaraan Kledang Utara - Jalan Kledang Utara - Laluan Sungai Pari -Jalan Sungai Pari - Jalan Tun Perak - Jalan Tun Abdul Razak

F305 (Loop) : Stesen Bas Ipoh - Jalan Tun Abdul Razak - Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab - Jalan Dato Sagor - Jalan Sultan Yusuf - Jalan Sultan Idris Shah - Jalan Dato' Onn Jaafar - Jalan Raja Musa Aziz - Jalan Hospital - Jalan Dato Seri Ahmad Said - Jalan Raja Musa Aziz - Jalan Sultan Idris Shah - Jalan Sultan Iskandar - Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab - Jalan Tun Abdul Razak

F306 (Loop) : Stesen Bas Ipoh - Jalan Tun Abdul Razak - Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab - Jalan S.P. Seenivasagam - Jalan Sultan Idris Shah - Jalan Raja Di Hilir - Jalan Sultan Azlan Shah - Jalan Kelab Golf - Lorong Tun Dr Ismail - Persiaran Brash - Jalan Brash - Jalan Kelab Golf - Jalan Raja Di Hilir - Jalan Sultan Iskandar - Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab - Jalan Tun Abdul Razak

Majlis pelancaran myBAS Kangar yang disempurnakan oleh Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan turut dihadiri Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar pada 25 Ogos 2015 lalu.


Negeri mana pula selepas Kangar, Seremban dan Ipoh? Pastinya rakyat di negeri-negeri lain ternanti-nanti...

Untuk itu, peruntukan berjumlah RM100 juta bagi program myBAS akan turut dilaburkan bagi pelaksanaan seterusnya di Johor Bahru dan Kuala Terengganu untuk meningkatkan mobiliti dan akses rakyat.

Pendirian Kerajaan untuk terus menaik taraf sistem pengangkutan awam darat membuktikan komitmen bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Selaras dengan penambahbaikan pengangkutan awam darat di bandar untuk menampung peningkatan jumlah penduduk di Greater Kuala Lumpur/ Lembah Klang, Kerajaan tetap memberikan tumpuan untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan bas di bandar-bandar lain, di mana bas berhenti-henti masih kekal sebagai mod pengangkutan yang utama.

SBST yang diperkenalkan pada Ogos 2015, bertujuan untuk menambah baik serta meningkatkan standard perkhidmatan dengan membenarkan mereka untuk menumpukan perhatian kepada penyediaan perkhidmatan perjalanan yang terbaik; tanpa perlu bergantung kepada kutipan tambang.


Selain daripada itu terdapat faktor insentif bagi menggalakkan pengendali bas terlibat untuk menjana pendapatan yang lebih dengan mengembangkan asas pelanggan mereka.

Sebagai satu langkah penambahbaikan, SPAD turut mengenakan KPI terhadap pengendali termasuk ke atas ketepatan masa, kebolehpercayaan, spesifikasi kenderaan dan kepuasan pengguna. Pengendali perlu mematuhi KPI tersebut dan akan dikenakan penalti sekiranya gagal memenuhi sasaran.

SPAD juga akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dan masyarakat tempatan di dalam merancang dan memperbaiki mutu perkhidmatan myBAS dengan mengambil kira masa perjalanan, kesalinghubungan, bilangan penumpang serta rangkaian laluan bas, bagi memastikan manfaat daripada perkhidmatan ini dapat dinikmati oleh rakyat.

#myBAS #Ipoh #PengangkutanAwam #Rakyat

No comments:

Post a Comment