Sunday, August 28, 2016

Projek untuk rakyat - Landasan kereta api KL - Kuantan

Gambar projek landasan Seremban - Gemas
Kalau DAP di Pulau Pinang sibuk mencari tanah untuk tujuan kepentingan sendiri, kerajaan Barisan Nasional (BN) pula sibuk merangka dan merancang pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya.


Pelbagai perancangan disusun bersandarkan kepada agenda transformasi negara. Antaranya melibatkan pembangunan dan penambahbaikan pengangkutan awam - isu yang cukup dekat dengan rakyat.

Suatu ketika dahulu, kerajaan BN menerusi pentadbiran Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein telah membina lebuhraya KL-Karak bagi menghubungkan ibunegara dengan Pantai Timur.

Hari ini ia ingin ditambahbaik dengan mewujudkan laluan kereta api pula dengan cadangan pembinaan landasan kereta api Pantai Timur dari Kuala Lumpur ke Kuantan.


Menurut Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, pembinaan landasan kereta api ini antara lain bertujuan memesatkan pembangunan ekonomi di kawasan sekitar.

Bukan itu sahaja, ia juga bakal menangani masalah kesesakan di Lebuhraya Pantai Timur terutamanya menjelang musim perayaan.

Mengikut kertas cadangan, laluan sepanjang 200 kilometer itu bakal melalui bandar-bandar utama di Pantai Timur seperti Bentong, Mentakab hingga Pelabuhan Kuantan.

Kini, kajian tentang pembinaan tersebut sudah berada pada peringkat terakhir.

Menyentuh tentang kos pula, pembinaan bagi laluan KL-Bentong mungkin lebih tinggi kerana perlu membina terowong di kawasan Genting berbanding kawasan rata di laluan Bentong-Kuantan.

Syukur, slogan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan sedang dipraktikkan!

No comments:

Post a Comment