Saturday, August 27, 2016

Kren maut - Heret pihak terlibat ke muka pengadilan


Khamis lepas, berlaku kemalangan maut membabitkan seorang pemandu wanita apabila dihempap objek daripada projek pembinaan di ibunegara.


Kejadian tersebut menjadi viral di media sosial dan menerima pelbagai reaksi orang ramai.

Bagi MCA, pengendali atau operator kren warga Indonesia tersebut yang dikatakan melarikan diri perlu dikesan secepat mungkin dan dibawa ke muka pengadilan kerana dilihat cuai ketika menjalankan kerja.

Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, pemandu kren perlulah dikalangan warganegara Malaysia.


Justeru itu Liow mendesak kontraktor dan syarikat yang terlibat turut diheret ke muka pengadilan.

Disamping itu, aspek-aspek keselamatan di kawasan pembinaan juga dipersoalkan.

Bagaimana kecuaian sedemikian boleh berlaku apatah lagi tapak pembinaan berada di tengah kota? Sepatutnya aspek keselamatan berada pada tahap paling maksima.

Mangsa, Chin Khoon Sing, berusia 23 tahun bakal menyambut hari ulangtahun kelahirannya pada minggu ini.


Mangsa yang berasal dari George Town, Pulau Pinang itu sedang memandu di Jalan Raja Chulan kira-kira jam 7.15 malam pada hari kejadian.

Beliau mati serta-merta apabila sebahagian kren dari ketinggian bangunan 20 tingkat jatuh menghempap kereta yang dipandunya, Perodua Kelisa.

Suara Lensa turut bersimpati kepada keluarga mangsa. Diharapkan pihak yang bertanggungjawab menerima hukuman setimpal sekaligus menjadikan ia sebagai peringatan bahawa soal keselamatan di tapak pembinaan bukanlah boleh dipandang ringan. 

1 comment:

  1. Bukan operator kren yg perlu di dakwa! Pemilik projek yg perlu di dakwa dibawah AKKP94 (OSHA94) KAJ.
    Pengarah sykt..!

    ReplyDelete