Friday, May 13, 2016

SEPADAN - Panel Malaysia Airlines Boeing 777 konsisten dengan objek terdampar


Pasukan Penyiasatan Keselamatan ICAO Annex 13 Malaysia untuk MH370 (Pasukan Penyiasatan Keselamatan MH370) telah membuat kesimpulan bahawa 2 serpihan yang dijumpai di Afrika Selatan dan pulau Mauritius, Rodrigues adalah konsisten dengan panel pesawat Malaysia Airlines Boeing 777.

Kedua-dua serpihan tersebut terdiri daripada sekeping enjin cowling dengan separa logo Rolls-Royce dan sekeping panel dalaman dari kabin pesawat.

“Justeru itu, pasukan itu telah mengesahkan bahawa kedua-dua keping serpihan dari Afrika Selatan dan Pulau Rodrigues tersebut hampir pasti berasal dari MH370”.

“Ini adalah selari dengan hasil pemeriksaan pada bulan Mac lalu di mana pasukan tersebut juga telah mengesahkan serpihan yang dijumpai di Mozambique juga berkemungkinan besar berasal dari MH370”.

Demikian kenyataan Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Liow Tiong Lai.

Sebelum ini pelbagai teori dikeluarkan mengikut aneka versi berhubung misteri kehilangan MH370. Namun kerajaan-kerajaan yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat seperti Malaysia, China dan Australia tetap bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti berputus asa.

Sehingga kini, kawasan pencarian telah meliputi lebih daripada 105,000 kilometer persegi.

Syabas dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Mudah-mudahan dengan keputusan pakar berhubung serpihan berkenaan dapat membuka satu lagi langkah lebih dekat sehingga misteri kehilangan MH370 dapat terungkai.

Pada 8 Mac 2014, pesawat Boeng 777 Penerbangan MH370 perjalanan KL-Beijing dengan 239 penumpang termasuk anak kapal dilapor hilang.

#PrayForMH370

No comments:

Post a Comment