Friday, May 13, 2016

#MH370 - 3 negara bermesyuarat rangka operasi baharu


Malaysia, China dan Australia akan bermesyuarat untuk merangka operasi lanjut berkaitan MH370.

Mesyuarat tersebut dijangka diadakan sekitar bulan Jun dan Julai ini sebelum pencarian berakhir pada keluasan 120,000km persegi.


Sehingga kini, misi pencarian pesawat yang hilang tersebut sudah meliputi kawasan seluas 105, 000km persegi di selatan Lautan Hindi.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam kenyataan terbarunya mengatakan dengan penuh yakin akan menemui bahagian utama pesawat tersebut.

Katanya ia merupakan misi penting untuk meneruskan usaha pencarian seterusnya merungkai misteri kehilangan pesawat tersebut yang terputus daripada radar pada 8 Mac 2014.

Tambah Liow, pasukan mencari tidak akan membuat pencarian di kawasan lain dan berdasarkan serpihan yang dijumpai baru-baru ini, adalah disahkan bahawa usaha mencari menuju ke arah yang betul.

Para pakar kemudiannya mengecilkan kawasan kepada 120,000km persegi sebagai kawasan yang paling berkemungkinan pesawat itu berada.

#PrayForMH370

No comments:

Post a Comment