Wednesday, May 11, 2016

Ambil dan turun penumpang : Pindah ke tempat sesuai, selamat


Mengambil kira faktor kesesuaian dan keselamatan orang ramai, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam satu kenyataan memberitahu bahawa segala aktiviti mengambil dan menurunkan penumpang di sepanjang Jalan Tun Tan Cheng Lock / Jalan Tun Sambanthan (berhampiran dengan Stesen LRT Pasar Seni) akan berpindah ke Pudu Sentral, berkuatkuasa pada 7 Mei 2016 ini.


Ia melibatkan perkhidmatan bas ekspres / henti-henti laluan KL–Seremban.

"Langkah ini adalah bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna kerana tempat ini tidak sesuai bagi aktiviti mengambil dan menurunkan penumpang bas," kata SPAD dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Gambar sekadar hiasan

Sementara syarikat bas yang terlibat adalah Sistem Kenderaan Seremban – Kuala Lumpur Sdn. Bhd; Suasana Edaran Sdn. Bhd; North South Speed Sdn. Bhd dan Syarikat Kenderaan Bahau Sdn. Bhd.

Manakala syarikat bas bagi kelas lesen yang lain juga tidak dibenarkan untuk berbuat demikian (mengambil dan menurunkan penumpang).

#DemiPenggunaPengangkutanAwam
#RakyatPilihPengangkutanAwam

No comments:

Post a Comment