Bukan main 'hero' lagi media asing seperti Wall Street Journal dalam 'menyerang' negara Malaysia ini.
Penulis-penulis yang bekerja di WSJ pastinya 'diasuh' untuk menyiarkan berita-berita sensasi sekalipun ia tidak berasas!
Jika pembaca masih ingat, bagaimana tersebarnya fitnah pada 26 Julai 2015 berhubung isu pemerdagangan manusia dan buruh paksa di ladang Felda Global Venture (FGV) di Jempol, Negeri Sembilan.
Ya, fitnah hasil tulisan seorang wartawan di WSJ iaitu Syed Zain Al-Mahmood telah memberi kesan yang dahsyat kepada Felda dan FGV khususnya.
Untuk makluman pembaca, sebuah badan pengesahan bebas, Wild Asia mengesahkan bahawa tidak ada bukti kukuh terhadap dakwaan dangkal sebagaimana yang dilaporkan wartawan terbabit.
Laporan Wild Asia menjelaskan bahawa pihaknya tidak menemui sebarang kes pemerdagangan manusia atau dapat merumuskan wujudnya buruh paksa sepertimana yang dilaporkan agensi berita tersebut.
Justeru itu, persoalan ini sering saja berlegar-legar difikiran :
Kenapa dengan media asing ini yang cukup gemar mencampuri urusan negara Malaysia? Kalau membawa kebaikan tidak mengapalah juga. Namun media asing ini hanya gemar menyebar fitnah terhadap Malaysia seolah-olah sedang berusaha meruntuhkan bumi bertuah ini.
Kenapa FELDA sebagai badan kerajaan yang meningkat maju menjadi mangsa? Tidak cukup dengan itu, individu yang berkerja keras mengeratkan hubungan diplomatik Malaysia-Arab Saudi seperti Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak juga menjadi sasaran utama!
Dalam masa sama, kenapa pemimpin-pemimpin dikalangan parti pembangkang seperti 'merestui' kegiatan kotor yang dilancarkan oleh media asing dengan penyebaran fitnah? Bukan sahaja restu tetapi kelihatan seperti menjadi 'majikan' pula.
Cukup hebat gerakan untuk menumbangkan kerajaan Malaysia hari ini sehingga sanggup menggunakan cara-cara kotor lagi jijik!
#TerimaFaktaTolakFitnah
No comments:
Post a Comment