Sebagaimana pengumuman Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), lanjutan itu bermula 1 Mac dan berakhir 31 Disember 2016.
Mungkin ada dikalangan pembaca yang tidak tahu bahawa tawaran diskaun ini telahpun diperkenalkan pada September tahun lalu.
Antara lain ia merupakan sebahagian usaha kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat.
Sedia maklum, ramai dikalangan kita terpaksa menyewa atau membeli kediaman diluar Kuala Lumpur berikutan harga rumah yang kebanyakkannya terlalu tinggi.
Sementara projek-projek kerajaan di dalam pembinaan Rumah Rakyat seperti Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) misalnya tidak dapat memenuhi permintaan tinggi dikalangan masyarakat. Ada yang dapat, syukur Alhamdulillah. Bagi yang tidak, maka terpaksalah menetap di luar ibukota.
Tambahan pula, tanah-tanah di Kuala Lumpur ini juga semakin mengecil. Pemaju tidak lagi boleh membina rumah kediaman 'landed' atau teres sebaliknya perlu membina pangsapuri dan seumpamannya.
Ada dikalangan kita juga mengidamkan kediaman 'landed' dan kawasan yang sesuai dan munasabah adalah di luar ibukota. Selain itu, ia juga memberi keselesaan untuk kehidupan yang jauh daripada kepadatan dan kesesakan saban hari.
Sementara Kuala Lumpur dijadikan sebagai tempat untuk mendapatkan rezeki.
Sebab itu kerajaan mengambil langkah proaktif dengan menawarkan diskaun 30% kepada pengguna bas antara bandar sebagaimana yang dinyatakan seperti di atas.
Dalam masa sama, ia bagi menggalakkan kepenggunaan pengangkutan awam dalam negara sekaligus dapat mengawal kepadatan kenderaan di ibukota.
Soal mutu atau kualiti pengangkutan awam ini sewajarnya tidak lagi dipersoalkan. Ini kerana, SPAD sudahkan menggerakkan pelbagai usaha ke arah membangunkan kualiti pengangkutan awam dalam negara.
Masyarakat kini boleh melihat bagaimana perjalanan SPAD dalam menambahbaik sistem pengangkutan awam dan usaha itu sama sekali tidak dapat disangkal atau dinafikan.
No comments:
Post a Comment