Kawalan ketat dipintu masuk kilang pembekal restoran terkemuka McDonald's, MacFood Services diaktifkan bagi memastikan pelawat yang memasuki kawasan premis benar-benar sihat dan bebas daripada sebarang penyakit berjangkit.
Bacaan suhu badan pelawat diambil dan direkodkan. Mereka yang memiliki suhu badan melebihi 37.5c tidak dibenarkan masuk sama sekali.
Bagai melepasi sekatan Kastam di pintu masuk lapangan terbang, pelawat akan diimbas sebelum dapat memasuki kilang pemproses bahan mentah. Alatan besi termasuk sebatang pen juga tidak dibenarkan masuk. Malah sekecil-kecil dawai kokot (stepler bullet) juga ditapis ketat bagi memastikan premis di kilang tidak tercemar dengan benda asing.
Pemerhatian awal ketika memasuki kawasan kilang ini, terdapat kotak-kotak yang dikawal elektrik di setiap 3 meter. Kotak-kotak tersebut merupakan satu alat perangkap tikus dikawasan kilang menjadikan ia sebuah premis yang cukup menitikberatkan soal keselamatan kebersihan.
Melihat kepada aspek kawalan ketat ini sahaja sudah cukup membuktikan bagaimana kilang pembekal bahan mentah ini begitu memandang tinggi soal kebersihan. Soal kebersihan seperti ini apatah lagi melibatkan kawasan penyediaan bahan makanan adalah satu aspek yang tidak boleh dikrompomi sama sekali.
Pengalaman di kilang pembekal McDonald's ini bukan saja membuatkan anda berasa teruja bahkan mengukuhkan lagi keyakinan bahawa soal keselamatan kebersihannya adalah sesuatu yang tidak boleh dipertikai. Malah, penyediaan makanannya mengikut piawaian antarabangsa!
Tidak hairanlah kenapa begitu ramai yang menggemari menu hidangan di restoran McDonald's.
No comments:
Post a Comment